Pada 15 Disember 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berhubung status terkini kes COVID-19 di Malaysia. Kes harian setakat semalam adalah sebanyak 1,772 kes. Ini menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 14,515 kes.

Sumber : KKM

Kes sembuh pula adalah sebanyak 1,084, menjadikan keseluruhan kes sembuh berjumlah 71,681.

Pecahan kes baharu mengikut negeri menunjukkan Selangor sekali lagi menjadi penyumbang terbesar di samping Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sehingga 15 Disember 2020, sebanyak 218 kluster yang telah direkodkan. Namun, bagi kluster aktif yang masih berada di dalam pantauan adalah sebanyak 189 kluster. Kluster baharu sekaligus merupakan kluster yang menyumbang kes terbanyak adalah kluster Tapak Bina Damanlela.

BACA JUGA :   Majlis Raja-Raja Berpandangan Tiada Sebab Meneruskan Darurat Setelah 1 Ogos

Dengan pertambahan kes melalui kluster ini, telah keluar satu kenyataan di mana punca kewujudan kluster Genting dibicarakan.

Melalui berita-berita yang disiarkan, kluster Genting dikatakan berpunca daripada tindakan merentas negeri oleh warganegara Bangladesh. Warga asing dari Bangladesh itu merupakan kes indeks.

Kerana mahu menziarahi rakan-rakannya di Genting, Pahang itu, warga asing terbabit secara langsung telah menjangkiti rakan-rakannya dengan virus COVID-19.

Disebabkan tindakannya itu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) perlu dilaksanakan di Apartment Amber Court, Apartment Ria dan Rumah Kongsi Kampung Semaut. PKPD tersebut berlangsung daripada 10 Disember sehingga 23 Disember ini.

Dikatakan kes indeks tersebut disahkan positif pada 1 Disember lepas hasil saringan di tempat kerja.

BACA JUGA :   'MOST SEARCHED' NETIZEN MALAYSIA SEPANJANG 2018

Sumber : KKM, BERNAMA

Perkara ini sedikit sebanyak memberitahua bahawa kelonggaran merentas negeri ada kesannya yang tersendiri. Kawalan kendiri adalah perlu bagi setiap masa buat mereka yang pernah dilaporkan positif.

Namun begitu, perkara ini seharusnya tidak dijadikan sebagai titik mula untuk memulaukan atau memperlakukan bekas pesakit COVID-19 seperti penjenayah bersiri. Kerjasama sesama rakyat adalah perlu supaya kita dapat melumpuhkan peningkatan kes COVID-19 di negara ini.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here