Jocelyn Yow (Gambar tengah)

Baru-baru ini muncul satu kenyataan di paparan media sosial berkenaan pelantikan seorang anak kelahiran Malaysia menjadi Datuk Bandar California.

Di dalam kenyataan yang disiarkan, Jocelyn Yow adalah seorang anak kepada warganegara Malaysia dan juga Vietnam. Bapanya adalah seorang warganegara Malaysia dan ibunya berasal daripada Thailand.

Datuk Bandar Eastvale, Jocelyn Yow merupakan antara pemimpin wanita yang telah diangkat menjadi Datuk Bandar di California tersebut.

Jocelyn Yow dikatakan pernah menetap di Malaysia selama 10 tahun ketika keluarga mereka menjaga datuknya yang sakit. Penempatan beliau sepanjang 10 tahun itu adalah di Alor Setar, Kedah.

Datuk saudara beliau, Datuk Chong Chim Tiong yang menetap di Kedah itu menyatakan bahawa dia tidak menyangka cucu saudaranya dilantik sebagai Datik Bandar pada usia yang muda.

BACA JUGA :   Ini Cara-Cara Mengenalpasti Mangga Harumanis Perlis Yang Asli

Perlantikan Jocelyn sebagai Datuk Bandar di California ini sedikit sebanyak membuatkan anak muda di Malaysia bersuara. Pengasas kepada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyuarakan pendapatnya berkenaan pengiktirafan yang diperoleh Jocelyn.

Syed Saddiq memberitahu bahawa negara luar telah mengiktiraf orang muda berbanding di Malaysia masih belum berbuat demikian. Beliau juga berkata bahawa Malaysia sering memberikan jawatan penting hanya kepada “orang lama” kerana mereka lebih berpengalaman.

Perkara ini kebanyakannya dipersetujui oleh golongan belia yang mahu orang muda juga diberi peluang untuk menjawat jawatan penting. Perkara seperti dipandang enteng oleh “orang lama” juga sering kali menjadi perbahasan golongan muda belia.

BACA JUGA :   8 Menteri Dan 19 Timbalan Menteri BN Tewas Pada PRU14 Kali Ini

Sumber : Astro Awani, Sinar Harian

Pernyataan seperti “Jika tidak diberikan peluang, mana mahu dapatkan pengalaman” menjadi satu titik pendirian kepada golongan muda pada masa kini. Jika negara luar boleh memberikan pengiktirafan kepada golongan muda, Malaysia juga boleh melakukan hal yang sama.

Facebook Comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here