Amaran buat pengguna aplikasi Whatsapp. Aplikasi gergasi ini bakal menghentikan perkhidmatannya kepada beberapa buah model telefon menjelang 1 Januari 2021. Untuk makluman, sebenarnya pada setiap hujung tahun, Whatsapp akan menghentikan sokongan untuk telefon IOS dan Android dengan versi lama. Sebagai contoh, pada tahun lepas, mereka menghentikan perkhidmatan untuk IOS 8 dan dan Android 2.3.7.

Bagi pengguna IOS 8 dan Android 2.3.7 diharapkan anda kemas kini dengan versi yang terbaru bagi membolehkan anda menggunakan aplikasi Whatsapp di telefon anda. Hal ini kerana aplikasi ini digunakan secara meluas di seluruh dunia.

PENGGUNA iPhone

Bagi pengguna IOS , pengguna IOS yang menggunakan telefon iPhone 4s, iPhone 5, iPhone  5s, iPhone 6 dan iPhone 6s perlu kemas kini sistem kepada IOS 9 atau yang terbaru untuk tetap boleh menggunakan aplikasi Whatsapp.

BACA JUGA :   Apple Tawarkan Diskaun Khas Buat ‘Kaki Gamers’ Di App Store

PENGGUNA ANDROID

Aplikasi Whatsapp akan menghentikan perkhidmatannya di Android versi 4.0.3. Oleh itu, pengguna telefon seperti HTC Desire, Motorola Droid Razr, Samsung Galaxy S2 dan beberapa telefon yang lain. Namun masa kini, penggunaan telefon ini sudah tidak seramai dahulu. Namun jika anda masih menggunakannya, digalakkan untuk kemas kini versi telefon anda untuk kekal menggunakan aplikasi Whatsapp.

Oleh itu, jangan lupa untuk semak telefon pintar anda. Hal ini kerana komunikasi secara atas talian kini adalah sangat penting yang boleh menghubungkan manusia serata dunia.

Sentiasa ikuti Deenamik untuk ketahui pelbagai maklumat terkini, peluang pekerjaan, cara jana pendapatan tambahan dan sebagainya. Ikuti kami di :

BACA JUGA :   3 Petua Untuk Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Telefon Anda

Instagram : the_deenamik/

Facebook Page : DeenamikOfficial

Website : deenamik.com

Deenamik juga ada tawarkan perkhidmatan penulisan artikel bagi ahli perniagaan dan usahawan yang ingin mempromosikan perniagaan secara atas talian. Selain penulisan artikel, kami juga sertakan pakej dan juga poster untuk anda dengan harga berbaloi dan mampu milik.

Boleh hubungi :

018-962 4322 atau email ke admin@deenamik.com

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here