Tahukah anda bahawa arnab bukan hanya sekadar boleh dijadikan sebagai binatang peliharaan. Tidak hanya sebagai binatang kesayangan manusia, arnab juga mempunyai fungsinya yang lain.

Arnab diklasifikasikan sebagai seekor mamalia yang boleh dimakan. Makan arnab? Boleh ke? Mengikut penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan, arnab ini boleh dimakan dan tiada nas yang mengharamkannya.

Daging arnab juga adalah sangat berkhasiat berbanding daging ayam. Daging arnab mempunyai lebih vitamin B12 dan kurang lemak berbanding daging ayam. Tidak hanya itu daging arnab juga mengandungi kadar kolestrol yang rendah.

Selain itu, sumber protein daripada daging arnab adalah lebih tinggi berbanding daging ternakan lainnya.

Jika anda memiliki arnab sebagai binatang peliharaan, anda juga mungkin boleh menjadikan peliharaan anda itu sebagai satu sumber pendapatan lain. Terdapat ramai penternak arnab yang bermula hanya memelihara arnab sebagai hobi.

BACA JUGA :   Rendah Kolestrol Antara Kebaikan Daging Arnab

Lama-kelamaan, apabila sudah memahami sifat atau kemampuan arnab yang boleh dijadikan haiwan ternakan, maka terlahirlah sebuah perniagaan ternakan arnab.

Daripada penternakan arnab, penternak boleh mengeluarkan produk-produk berasaskan arnab seperti daging, bulu, baja tinja dan lain-lain. Manfaat arnab adalah lebih lagi berbanding hanya menjadi binatang peliharaan di rumah.

Sifatnya yang boleh membesar dalam jangka masa yang cepat dan dapat membiak dengan mudah menjadi faktor penting wujudnya penternakan arnab.

Kebiasaan arnab hanya sebagai binatang peliharaan boleh kita pelbagaikan untuk memenuhi kehendak pasaran pada masa kini. Permintaan terhadap daging arnab juga tinggi kerana khasiatnya yang sudah diketahui umum.

Dengan lambakan permintaan daripada penggemar daging arnab, peniaga yang mahu mencuba menggunakan daging arnab sebagai menu masakan baharu adalah digalakkan. Jika anda tidak tahu di mana untuk mendapatkan bekalan arnab, anda boleh mendapatkan bekalan daripada Arnab Daulah.

BACA JUGA :   Kebaikan Daging Arnab Pada Manusia.

Tidak hanya mengeluarkan produk berasaskan daging arnab, Arnab Daulah juga mempunyai baja kompos dan fertelizer. Jika anda petani atau menjalankan pertanian secara kecil-kecilan, anda boleh cuba mendapatkan bekalan baja atau fertelizer tersebut daripada Arnab Daulah.

Anda boleh layari laman web Arnab Daulah di https://arnabdaulah.com/ atau anda boleh menghubungi talian 013-2090322.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here