Daging arnab mempunyai sumber vitamin, mineral, dan protein yang sangat baik. Ianya sangat tinggi dengan vitamin B3 dan B12, fosforus, kalium dan selenium. Ini menyumbang kepada keseimbangan vitamin dan mineral yang baik untuk keperluan diet harian.
Seperti yang kita tahu, daging arnab banyak kebaikan kepada kesihatan. Daging mempunyai peratusan tinggi protein yang mudah dicerna. Kandungan jumlah lemak juga antara yang paling sedikit di antara semua daging yang ada.
Daging arnab mengandungi nilai kalori kurang daripada daging lain. Daging arnab hampir bebas kolesterol dan pesakit yang memiliki masalah jantung tidak perlu bimbang lagi.
Disebabkan kebaikan khasiat yang ada pada daging arnab, permintaan daging arnab kian meningkat. Tetapi jumlah penrenak arnab masih berkurangan dan permintaan tidak dapat dipenuhi. Antara cara lain untuk mendapatkan bekalan daging arnab selain daripada pembekal adalah menerusi jualan dalam talian ataupun membela dan menternak arnab sendiri. Mana satu yang lebih baik? Kedua – duanya mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri.
Membeli dalam talian mempunyai risiko sama seperti membesarkan arnab anda sendiri. Ianya terpulang kepada sesetengah individu untuk memilih yang mana satu adalah lebih bersesuaian. Jika anda mahu membesarkan arnab untuk daging, anda akan mendapat daging yang segar.
Walaupun begitu, sesetengaj individu seperti peniaga sate, restoran adalah lebih baik membeli dalam talian atau membelinya di pasar raya. Ini kerana peniaga, pihak restoran sudah sibuk dengan perniagaan dan untuk menjaga serta menternak arnab akan memerlukan banyak masa.
Sumber : Domestic Animal Breeds
Sekiranya, peniaga mahu mendapatkan bekalan daging arnab yang segar, anda boleh mendapatkannya di syarikat Arnab Daulah. Syarikat Arnab Daulah membekalkan bukan sahaja daging arnab malah produk yang lain seperti bebola daging, burger daging, baja, urine dan bulu arnab.
Sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut anda boleh melayari laman web Arnab Daulah dan menghubungi talian di bawah.
Arnab Daulah – https://arnabdaulah.com/
Tuan Syed – 013 2090322