Madrasah Daulah merupakan sebuah institusi Pendidikan Agama yang terletak di Mesir. Madrasah Daulah merupakan sebuah madrasah yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth. Maahad Buuth adalah sama dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Malah, pelajar yang tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) boleh berdaftar dengan Madrasah Daulah. Pendaftaran juga dibuka kepada pelajar yang bermula dari umur 12 hingga ke 31 tahun tanpa mengira lelaki atau perempuan.
Selain itu, Madrasah Daulah juga menyediakan khidmat konsultan kepada pelajar yang hendak belajar di situ. Khidmat konsultan akan diberikan secara percuma kepada pelajar. Mereka yang telah berjaya untuk berdaftar tidak akan terus masuk ke Maahad Buuth malah mereka akan dimasukkan ke dalam kelas.
Pelajar akan dimasukkan ke kelas sebagai persediaan untuk mereka menduduki Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini adalah ujian penentuan untuk pelajar masuk ke Maahad Buuth. Kelas tersebut ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran.
  •          Markaz Nile : kelas Bahasa Arab
  •          Sanad Tahsinul Quran : kelas khatam 30 juzuk Al-Quran
BACA JUGA :   Rempah Ratus Makanan Mesir
Tempoh pengajian sepanjang di kelas berkenaan adalah tidak lebih daripada satu tahun.  Pelajar yang tidak mempunyai asas dalam Bahasa Arab tidak perlu risau kerana di sini mereka akan diajar untuk berbahasa Arab.
Ujian Imtihan Qabul juga akan diduduki oleh semua pelajar yang berdaftar masuk ke Madrasah Daulah. Malah, ujian tersebut adalah ujian dalam Bahasa Arab. Pelajar yang melepasi ujian itu akan dimasukkan ke Maahad Buuth.

Manakala, bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

Antara subjek yang akan diajar di Dirosoh Khossor :

  •          Tahfizul Quran
  •          Tahsiinul Qur’an
  •          Talaqqi Dalaman
  •          Pengajian Umum
  •          Program Study Tour
  •          Pengajian Bahasa Arab
  •          Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
BACA JUGA :   Daulah Educonsult pilihan anda selepas spm !

Selepas tamat pengajian di Madrasah Daulah, mereka akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Tempoh pengajian di universiti ini adalah selama 4 tahun dalam peringkat Ijazah Sarjana. Bidang yang ditawarkan ialah Pengajian Islam  yang mempunyai tiga pecahan Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah Islam.

Segala pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here