Bidang penternakan arnab di Malaysia masih kurang diceburi. Penternak arnab di Malaysia masih kurang dan permintaan daging arnab pula kian meningkat. Disebabkan itu, anak muda terutama sekali digalakkan bagi menceburi bidang penternakan arnab ini.
Ini kerana menternak arnab mudah sahaja dan penternak boleh memulakan menternak dari dua arnab sahaja. Malah, ada juga penternak arnab yang bermula menternak arnab sebagai hobi sahaja.
Bermula dengan hobi, anda boleh jadikannya sebagai satu permulaan untuk menjadi usahawan yang berjaya. In bukan sahaja meningkatkan penyertaan dalam bidang penternakan arnab, malah penternak boleh memenuhi kehendak pelanggan mereka.
Bukan itu sahaja, apabila sudah ramai yang menceburi bidang ini. Peluang bagi para peniaga, pihak restoran dan pengemar arnab untuk mendapatkan bekalan daging arnab daripada penternak semakin tinggi. Penternak juga berpeluang untuk mendapat pelanggan setia jika penternak dapat memenuhi permintaan pelanggan.
Seperti yang kita tahu, daging arnab boleh di masak pelbagai jenis makanan, ini termasuklah sate, rendang, kari dan sebagainya. Pelbagai makanan dapat dihasilkan kerana ada yang mengatakan bahawa tekstur daging arnab adalah seperti ayam.
Galakan untuk menternak arnab ini adalah disebabkan oleh beberapa cabaran yang dihadapi oleh penternak arnab. Kekurangan stok arnab adalah salah satu cabaran yang kebanyakan penternak arnab hadapi.
Ini kerana permintaan yang tinggi oleh pelanggan setia dan juga permintaan luar. Ia tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan oleh pelanggan tetap. Ini merupakan satu masalah kerana kebanyakan penternak adalah pembekal daging arnab kepada beberapa restoran.
Permintaan daging arnab di restoran sangat tinggi dan orang ramai sudah mula terima makanan seperti sate yang dibuat daripada daging arnab. Disebabkan penerimaan orang ramai, pemintaan semakin tinggi dan penternak tidak mempunyai bekalan daging yang mencukupi. Isu ini adalah cabaran yang utama untuk penternak.
Oleh itu, sangat – sangat digalakkan jika anda mahu menceburi bidang ini. Ditambah pula dengan kandungan khasiat di dalam daging arnab seperti mineral yang sangat tinggi, kecuali natrium. Malah, daging arnab juga sangat kaya dengan vitamin B12 dan vitamin E. Selain itu, daging arnab mempunya protein yang tinggi dan kandungan lemak yang rendah.
Jika anda mahu mendapatkan bekalan daging arnab, bebola daging serta burger daging, anda boleh menghubungi Syarikat Arnab Daulah. Syarikat Arnab Daulah bukan sahaja membekalkan produk makanan arnab. Baja, urine serta bulu arnab juga ada di syarikat Arnab Daulah.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari laman web Arnab Daulah. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian ini 013 2090322 – Tuan Syed.