Arnab mempunyai pelbagai jenis mengikut habitatnya. Habitat arnab terdapat di kawasan berumput, kawasan gurun, kawasan berhutan dan kawasan yang bertanah lembab.
Rupa dan cara pembiakan arnab adalah berbeza mengikut spesies yang ada. Arnab yang mempunyai pelbagai spesies ini mampu untuk membekalkan dagingnya sebagai sumber makanan kepada manusia.
Namun begitu, muncul tanda tanya adakah daging arnab boleh dimakan atau sebaliknya bagi seorang Muslim. Mengikut portal rasmi Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, daging arnab adalah halal dimakan asalkan ia disembelih mengikut cara yang betul di sisi Islam.
Hal ini kerana, arnab tidak mempunyai taring tajam. Selain itu, tiada nas atau dalil yang menunjukkan haram memakan daging arnab yang telah disembelih.
Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan hadis Riwayat al-Bukhari (2572) yang berikut :
أَنْفَجْنَا أَرْنَبًا فَسَعَى الْقَوْمُ فَلَغَبُوا ، فَأَخَذْتُهَا وَجِئْتُ بِهَا أَبَا طَلْحَةَ ، فَذَبَحَهَا وَبَعَثَ بِوَرِكِهَا – أَوْ قَال : بِفَخِذِهَا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَبِلَهُ
Maksudnya: Kami terserempak dengan arnab lalu mengejarnya. Dan aku dapat menangkapnya serta membawa kepada Abu Talhah. Beliau sembelih dan memberi sebahagiannya kaki atau pehanya kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah menerimanya.
Oleh yang demikian, adalah tidak salah jika ada orang yang menternak arnab dan menjual dagingnya kepada pembeli. Daging arnab yang berupaya untuk dijadikan pelbagai produk seperti daging ayam dan lembu akan mampu untuk memberikan pendapatan yang lebih kepada penternak.
Penternakan arnab juga sudah semakin meluas dan hal ini boleh membantu dalam peningkatan ekonomi negara. Arnab yang mudah untuk dijaga adalah salah satu faktor penternakan arnab ini semakin berkembang.
Baka arnab yang boleh diambil dagingnya dan sesuai untuk bidang penternakan adalah baka New Zealand White, Californian, Carolina, New Simonare, dan Sepanyol.
Bagi arnab yang mahu diternak tanpa kebimbangan berkaitan penyakit, baka arnab tempatan adalah yang terbaik. Hal ini kerana baka arnab tempatan dikatakan mempunyai lebih daya tahan daripada serangan penyakit.
Sumber : Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Daging Arnab Daulah
Jika anda adalah seorang peniaga restoran yang mahu meletakkan menu masakan baharu di kedai, anda boleh cuba untuk membuat masakan berasaskan arnab. Daging Arnab Daulah adalah syarikat pengeluar daging arnab yang boleh memenuhi permintaan terhadap daging arnab.
Antara produk daging arnab adalah daging arnab segar, burger daging arnab dan bebola daging arnab. Daulah juga mempunyai produk berasakan arnab yang lain seperti baja tinja arnab dan fertilizer.
Sebarang maklumat lanjut berkenaan Daging Arnab Daulah, anda boleh layari laman web Arnab Daulah di https://arnabdaulah.com/ . Untuk mendapatkan bekalan produk anda juga boleh menghubungi talian 013 2090322 (Tuan Syed).