Menjadi pembekal daging ayam dan daging lembu sudah terlihat biasa. Begitu juga dengan daging kambing. Pernahkah anda terfikir untuk menjual daging selain daripada daging-daging tersebut?

Jika ya, anda mungkin boleh mempertimbangkan idea untuk menjual daging arnab. Mengapa daging arnab? Secara umumnya, arnab merupakan binatang peliharaan comel yang mudah untuk dijaga. Akan tetapi, seperti yang sudah sedia maklum, daging arnab juga boleh dimakan dan mempunyai khasiatnya yang tertentu.

Khasiat daging arnab dikatakan lebih dari daging ayam. Daging arnab mempunyai protein yang tinggi dan kadar kolestrol yang rendah. Oleh yang demikian, daging arnab boleh menjadi sebahagian daripada diet terbaharu dalam pemakanan seimbang.

BACA JUGA :   Layari Laman Web Arnab Daulah Untuk Daging Arnab Segar.

Permintaan terhadap bekalan daging arnab saban tahun meningkat. Oleh itu, para pembekal daging ayam, daging kambing atau daging lembu boleh mencuba untuk menjadi pembekal daging arnab pula.

Dengan itu, para pembekal akan memperoleh pendapatan atau hasil tambahan yang lebih lagi. Dengan menjadi pembekal daging arnab, pembekal mampu untuk mengembangkan perniagaan kepada pembeli yang mahu membeli daging arnab.

Permintaan yang tinggi adalah kerana daging arnab boleh dipelbagaikan variasi produknya seperti :
– Burger daging arnab
– Arnab panggang
– Arnab perap
– Sate arnab dan sebagainya

Para peniaga makanan juga boleh menambah menu masakan tambahan yang mengandungi daging arnab. Perkara ini secara tidak langsung boleh meningkatkan lagi permintaan terhadap daging arnab.

BACA JUGA :   Jenis Arnab Yang Sesuai Dijadikan Haiwan Ternakan Untuk Daging.

Arnab Daulah

Syarikat Arnab Daulah adalah syarikat bumiputera yang membekalkan daging arnab segar dan produk yang berasaskan daging arnab. Antara produk yang ada ialah :

  • Burger daging arnab
  • Bebola daging arnab
  • Baja tinja arnab
  • Bulu arnab

Jika anda mahu mendapatkan bekalan bagi produk-produk yang berikut, anda boleh hubungi talian di bawah :
013 2090322 (Tuan Syed)

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web Arnab Daulah di https://arnabdaulah.com/

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here