Kaut keuntungan bersih sebagai vendor hanya di Safer Food Merchant. Safer kini membuat promosi di mana peniaga yang mendaftar sebagai vendor tidak akan dikenakan sebarang caj penolakan sekiranya anda berniaga dalam talian bersama Safer.

Promosi yang dijalankan ini telah pun bermula pada 16 Disember 2020 yang lalu dan akan berakhir pada 28 Februari 2021. Safer membuka luas peluang ini kepada peniaga-peniaga kecil di luar sana yang mahu berniaga secara di dalam talian.

Sifar caj penolakan ini adalah antara promosi terbesar yang Safer berikan kepada vendor yang mendaftar bersama Safer Food Merchant. Anda mahu mendaftar bersama Safer Food Merchant? Ikuti langkah-langkah di bawah :

  1. Daftar perniagaan anda di https://www.safer.my/sign-up-restaurant.
  2. Sertakan butiran yang berkenaan seperti :
    – Salinan kad pengenalan
    – Lesen daripada SSM
    – Sijil Halal
    – Lesen perniagaan
  3. Isi maklumat perniagaan anda seperti :
    – Maklumat akaun bank
    – Alamat tempat beroperasi
    – Waktu operasi
    – Harga makanan dan minuman
    – Menu makanan dan minuman
BACA JUGA :   Jadi Pengguna Baru Safer Dan Dapatkan RM10 Kredit Percuma

Setelah selesai mengisi segala butiran dan maklumat diri serta perniagaan, peniaga perlu menunggu untuk disemak oleh pihak Safer sebelum akaun diaktifkan. Pengaktifan selalunya memakan masa dalam 24 jam pada hari bekerja.

Dalam pada itu, anda juga boleh memuat turun aplikasi Safer Food Merchant di telefon pintar anda.

Terdapat beberapa ciri mudah yang anda akan temui di aplikasi Safer Food Merchant. Peniaga boleh memilih untuk menekan butang ‘on‘ atau ‘off‘ jika anda tidak mahu mengambil pesanan buat masa tertentu.

Berniaga secara dalam talian bersama Safer adalah lebih mudah kerana akaun perniagaan akan dipegang sepenuhnya oleh peniaga. Pendaftaran adalah percuma dan anda tidak perlu mencari rider kerana Safer mempunyai Safer Delivery Partner yang akan membantu anda menghantar makanan.

BACA JUGA :   Safer Delivery & Safer Food Sediakan Pekerjaan Bagi Rider

Tidak hanya itu, jika anda menepati semua syarat dan mengisi butiran yang diperlukan, anda sememangnya boleh berniaga secara dalam talian bersama Safer. Peluang ini dibuka  kepada anda yang menjalankan perniagaan home-kitchen, food-truck, warung kecil atau restoran.

Selain anda dapat berniaga secara dalam talian, perniagaan anda juga secara tidak langsung dapat dipromosikan secara dalam talian. Apa yang penting ialah sepanjang anda berniaga semasa promosi Sifar Caj Penolakan ini, tiada kos tambahan yang perlu dibayar.

Tunggu apa lagi? Daftar sekarang sebagai vendor di Safer Food Merchant! Sebarang maklumat lanjut anda boleh peroleh di :

Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here