Setiap makanan mempunyai kebaikan serta kelemahan masing – masing. Tidak dapat dielakkan bagi sesuatu makanan untuk mempunyai kelemahannya. Ini kerana pengambilan berlebihan dan juga ketidakserasian makanan tersebut dengan badan kita juga merupakan puncanya.

Disebabkan itu, sebelum memakan sesuatu makanan kita mestilah mengetahui apa kebaikannya terhadap diri kita. Malah, kita juga perlu tahu jika sesetengah makanan tersebut memberikan kesan buruk kepada kita.

Daging arnab mempunyai banyak kebaikan kepada manusia jika mereka memakannya. Ini kerana diet pemakanan arnab terdiri daripada sayur – sauran, buah – buahan dan juga palet. Tidak ada bahan makanan yang dimakan oleh arnab memberikan kesan yang tidak baik kepada manusia.

Disebabkan pemakanan arnab yang dijaga penternak, khasiat yang terkandung pada daging arnab memberikan kesan yang baik kepada manusia. Antara kelebihan yang ada pada daging arnab ialah daging arnab mengandungi kandungan protein yang sangat tinggi jika hendak dibandingkan dengan daging ternakan yang lain.

Bukan itu sahaja, dalam daging arnab juga mempunyai kandungan Vitamin B12 yang tinggi jika hendak dibandingkan dengan daging ternakan lain.

BACA JUGA :   Kelebihan Sambung Belajar di Universiti Airlangga

Ia telah menjadikannya sumber yang baik bagi mereka yang kekurangan vitamin B12. Selain itu, ia juga kaya dengan vitamin E.

Jika hendak dibandingkan dengan daging lain, daging arnab mempunyai kepekatan zat besi tinggi. Malah, ia juga lebih tinggi kalsium, potasium dan magnesium, berbanding daging lembu dan ayam.

Pemakanan daging arnab sangat baik untuk kesihatan, tetapi pengambilan yang berlebihan akan memberikan kemudaratan pada kita. Berikut adalah kelebihan – kelebihan yang ada pada daging arnab dan memberi kebaikan kepada manusia.

Kelebihan yang ada pada daging arnab ialah :

  • Daging arnab mempunyai sumber protein yang bermutu tinggi.
  • Kolestrol pada daging arnab juga rendah dan bagi anda yang risau terhadap kolestrol yang ada di dalam daging arnab sudah tidak perlu bimbang lagi.
  • Daging arnab lebih rendah lemak daripada kebanyakan daging lain.
  • Daging arnab juga terdapat sumber vitamin, mineral dan unsur surih yang sangat baik (tinggi vitamin B3 dan B12, fosforus, kalium dan selenium).
  • Daging arnab amat sesuai untuk menghangatkan badan serta mengeringkan badan.
  • Pengambilan daging arnab yang terkawal juga boleh melancarkan aliran air kencing dan menghancurkan batu karang pada salur dan pundi kencing.
  • Daging arnab juga dapat meningkatkan tenaga.
  • Meningkatkan kecerdasan otak.
  • Berkhasiat untuk meningkatkan tenaga batin golongan lelaki.
  • Sekiranya golongan wanita memakan hempedu arnab ianya baik untuk kesuburan.
  • Sistem imun tubuh badan kita akan menjadi kuat dan ia akan membersihkan usus daripada toksin dan gelangsar.
  • Kandungan air di dalam arnab juga lebih tinggi jika hendak dibandingkan dengan daging haiwan ternakan yang lain.
BACA JUGA :   Pandangan Memakan Daging Arnab Di Sisi Islam.

Sekiranya, peniaga, pembekal mahupun pengemar daging arnab mahu mendapatkan bekalan daging arnab anda boleh mendapatkan menerusi syarikat Arnab Daulah.

Syarikat Arnab Daulah merupakan pembekal produk arnab seperti daging arnab, bebola daging, daging burger, baja tinja, urine arnab dan bulu arnab. Jika anda berminat mahu mendapatkan produk tersebut anda boleh menghubungi pihak Arnab Daulah. Anda juga boleh melayari laman web Arnab Daulah untuk maklumat tambahan.

Arnab Daulah : https://arnabdaulah.com/

Tuan Syed : 013 2090322

Sumber : LIVESTRONG, FOODSTRUCT

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here