Penternakan arnab di Malaysia masih kurang, namun permintaan daging arnab semakin meningkat. Orang ramai sudah mula menerima arnab sebagai salah satu makanan. Ini kerana tekstur daging arnab yang seakan – akan daging ayam memudahkan orang untuk menerima.

Bukan itu sahaja, daging arnab mempunyai banyak kelebihan, tambah pula kelebihan untuk kesihatan. Khasiat yang terkandung pada daging arnab memberikan kesan yang positif kepada manusia.

Ramai yang mula makan dan menjual makanan dari daging arnab dan ini menyebabkan permintaan daging arnab kian meningkat. Disebabkan itu, bagi mereka yang mahu menceburi bidang penternakan arnab ini sangat di alu – alukan.

Sudah ramai yang menternak arnab sendiri untuk mendapatkan bekalan daging arnab. Malah, ada juga yang bermula menternak arnab sebagai hobi. Jika anda bermula dengan hobi, mari kembangkan ternakan anda sehingga menjadi usahawan yang berjaya.

BACA JUGA :   Isu "Harimau Menangis" : Kepentingan Cap Dagangan

Terdapat banyak kelebihan jika anda menternak. Pada permulaan mahu menternak, anda tidak memerlukan kos yang banyak. Mulakan hanya dengan sepasang arnab dahulu. Dari situ anda boleh membiakkan dua ekor arnab itu terlebih dahulu.

Penternakan arnab jauh lebih mudah jika hendak dibandingkan dengan menternak ternakan lain. Ini kerana arnab hanya makan makanan yang berunsur sayur-sayuran berdaun hijau atau juga padang rumput. Sumber makanan sangat mudah untuk diberikan kepad arnab yang diternak.

Malah, arnab juga membiak dengan cepat. Proses pembiakan arnab cepat, kerana arnab mempunya reproduktif yang tinggi. Bermula dengan hanya dua ekor arnab ini, anda akan dapat melihat jumlah arnab anda bertambah dalam satu atau dua tahun.

BACA JUGA :   Dapatkan Bekalan Daging Arnab Secara Online Di Arnab Daulah.

Kelebihan yang paling utama adalah, khasiat yang terkandung dalam daging arnab. Daging arnab mengandungi rendah kolesterol dan lemak daripada kebanyakan daging ternakan yang lain. Ini menjadikan daging arnab sesuai sebagai makanan utama bagi mereka yang mahu menjaga diet makanan.

Sumber : Domestic Animal Breeds

Bekalan daging arnab boleh didapatkan di Syarikat Arnab Daulah. Arnab Daulah membekalkan produk arnab seperti bebola daging, burger daging, baja, urine sebagai fertilizer dan bulu arnab. Layari laman web Arnab Daulah untuk mendapatkan bekalan daging serta produk arnab yang lain secara dalam talian.

Sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut anda boleh melayari laman web Arnab Daulah dan menghubungi talian di bawah.

Arnab Daulah – https://arnabdaulah.com/

Tuan Syed – 013 2090322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here