Binatang yang dipanggil arnab ini mempunyai dua jenis baka yang boleh dibiakkan. Ianya adalah jenis arnab pedaging dan arnab hiasan. Arnab pedaging adalah arnab yang diternak untuk memperoleh dagingnya. Bagi arnab hiasan pula, arnab ini diternak untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.
Sebagai penternak binatang, penternak perlu mengetahui jenis-jenis arnab yang boleh diusahakan menjadi arnab pedaging. Berikut adalah beberapa jenis arnab pedaging :
-
Baka New Zealand White New Zealand White
Baka ini adalah yang paling selalu dijadikan sebagai arnab pedaging oleh penternak. Baka ini adalah antara baka yang diimport masuk ke dalam negara untuk dijadikan sebahagian daripada industri penternakan. Arnab ini juga paling sesuai untuk dijadikan arnab pedaging adalah kerana dagingnya agak banyak berbanding arnab lain.

2. Chinchilla
Arnab baka ini adalah arnah yang diimport daripada Perancis. Bulunya agak lebat dan gebu. Kebanyakan baka arnab ini adalah berwarna kelabu asap. Mempunyai tiga baka pilihan di dalam keluarga Chinchilla dan yang paling terkenal adalah American Chinchilla.

3. Dutch
Didatangkan daripada England, arnab jenis ini juga boleh dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Hal ini kerana ianya mempunyai corak di badan yang sangat menarik. Badannya juga padat dan bulat.

4. Flemish Giant
Daripada namanya sahaja sudah tahu arnab jenis ini adalah merupakan antara arnab yang bersaiz besar. Bentuknya panjang dan melengkung sedikit. Arnab ini juga mempunyai badan yang kuat dan berotot. Terkenal dengan saiznya yang besar.

5. English Spot
Mempunyai berat sekitar 2.3 sehingga 3.6 kilogram. Arnab ini juga berasal daripada England. Badannya mempunyai corak yang bertompok. Arnab ini disukai kerana sifatnya yang sedikit aktif berbanding jenis arnab yang lain.
Berikut adalah antara baka arnab pedaging yang terdapat Malaysia. Terdapat banyak lagi jenis arnab pedaging yang boleh dijadikan sebagai ternakan arnab pedaging.
Sumber : Ladang Arnab Bukit Badong
Jika anda teringin untuk makan daging arnab atau anda adalah peniaga yang mahu memasukkan menu masakan berasaskan arnab, anda boleh kunjungi laman web Arnab Daulah. Arnab Daulah membekalkan produk berasaskan daging arnab dan juga daging arnab.
Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi talian 013-2090322.