Menerusi kenyataan akbar kpk semalam, kes COVID-19 di negeri Selangor menunjuk kes harian yang tertinggi iaitu sebanyak 747 kes. Daripada jumlah tersebut 625 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat COVID-19 yang aktif.
Berdasarkan laporan tersebut, 360 kes pula telah didapati di Kuala Lumpur dan sebanyak 288 kes telah dilaporkan di Pahang. Kes COVID-19 di Pahang ini melibatkan kluster yang berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Tembok Mempaga dengan kes sebanyak 282 kes.
Malah, kes yang melibatkan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara ialah 307 Kes. Kluster tersebut yang membabitkan Kluster Tembok Mempaga (282 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (9 kes), Kluster Tembok Gajah (9 kes), Kluster Tembok (3 kes), Kluster Pagar Siput (3 kes), dan Kluster GK Tawau (1 kes).
Sehingga yang dilaporkan semalam, kluster yang mencatatkan jumlah kes COVID-19 tertinggi di Malaysia adalah Kluster Teratai dengan kes sebanyak 6066 kes. Dengan peningkatan kes kebelakangan ini, ia telah menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 108 615 kes.
Daripada jumlah tersebut, Malaysia berada di kedudukan ke – 74 daripada 216 negara yang terlibat dengan pandemik COVID-19. Menerusi statistik dunia COVID-19 negara Amerika Syarikat, India dan Brazil adalah negara yang berada di kedudukan 3 teratas.
Walaupun begitu, kes pulih COVID-19 yang telah dilaporkan juga tinggi iaitu sebanyak 1123 kes. Daripada jumlah kes positif, jumlah kes yang masih aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 21 443 kes.
Bagi memastikan kes harian tidak terus bertambah di tempat anda, pastikan anda semua mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Patuhi segala SOP bagi mengelakkan daripada kita terkena jangkitan COVID-19.
Bukan itu sahaja, anda juga mestilah menjaga jarak fizikal dan kebersihan diri agar kita semua tidak terkena virus COVID-19 ini. Sekain itu, kita semua mestilah mengamalkan 3W dan juga mengelakkan 3S/C.
Mengelakkan Diri Dari 3S/3C :
- Elakkan berada di tempat sesak,
- Elakkan juga berada di tempat sempit
- Elakkan untuk bersembang pada jarak dekat.
Mengamalkan 3W.
- Kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash),
- Memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan
- Beri amaran (warn) seperti ;
- Amalkan etika batuk dan bersin,
- Elak kunjung mengunjungi,
- Dapatkan rawatan jika bergejala dan
- Sanitasi tempat yang kerap disentuh.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)