Beberapa negara telah mengambil langkah untuk menghentikan penerbangan dari United Kingdom (UK). Hal ini berikutan dengan mutasi baharu COVID-19 yang telah dikesan di UK.

Menerusi laporan Berita Harian, Agensi Kesihatan Awam England (PHE) telah mengesan mutasi baharu virus COVID-19 yang dikenali sebagai VUI-202012/01.

Menurut laporan tersebut, mutasi berkenaan telah menjangkiti lebih 1108 individu di England setakat 13 Disember lalu. Telah dimaklumkan bahawa mutasi berkenaan lebih mudah berjangkit antara satu sama lain.

Berdasarkan laporan Channel News Asia, negara Canada antara yang terkini menghentikan penerbangan daripada UK. Ini berikutan penemuan varian baru COVID-19, yang dikatakan oleh pegawai menyebar lebih cepat daripada yang lain.

Varian COVID-19 baru ini telah mendorong pemerintah UK untuk membuat penutupan tahap empat di London dan Tenggara England dan mengetatkan sekatan untuk seluruh England sepanjang musim perayaan. Malah, pelancong dari negara luar juga tidak dibenarkan untuk memasuki negara UK.

BACA JUGA :   BERCUTI ALA-ALA FILEM CRAZY RICH ASIANS DI MALAYSIA!

Berikutan dengan mutasi baharu berkenaan, berdasarkan laporan New Straits Time Kementerian Kesihatan Malaysia sedang memantau penemuan strain Covid-19 baru yang dikatakan bertanggung jawab untuk penyebaran coronavirus yang lebih cepat di London dan tenggara Inggeris.

Dalam laporan tersebut, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata “Saya tidak pasti apa mutasi di UK, tetapi saya fikir ia adalah mutasi protein lonjakan (spike protein).” Difahamkan bahawa mutasi baru tidak sama dengan mutasi D614G yang pertama kali dikesan di Kluster Sivagangga pada bulan Ogos lepas.

Sudah jelas dinyatakan di atas bahawa mutasi baharu ini mudah tersebar di kalangan individu. Disebabkan itu, jalan terbaik bagi mengelakkan dari diri terbabit dengan COVID-19 adalah dengan mematuhi dan mengamalkan SOP yang ditetapkan.

BACA JUGA :   Angka Kematian Global Meningkat Sebanyak 2,000 dalam Tempoh 24 Jam

Penjagaan jarak sosial juga amat penting, ini kerana kita tidak mengetahui sama ada individu yang bersama kita bebas virus COVID-19. Oleh itu, sebagai langkah berjaga – jaga patuhi SOP, mengamalkan amalan 3W dan elakan 3S/3C.

Mengelakkan Diri Dari 3S/3C :

  • Elakkan berada di tempat sesak,
  • Elakkan juga berada di tempat sempit
  • Elakkan untuk bersembang pada jarak dekat.

Mengamalkan 3W.

  • Kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash),
  • Memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan
  • Beri amaran (warn) seperti ;
    • Amalkan etika batuk dan bersin,
    • Elak kunjung mengunjungi,
    • Dapatkan rawatan jika bergejala dan
    • Sanitasi tempat yang kerap disentuh.

Sumber : Berita Harian, Channel News Asia, New Straits Time, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here