Menerusi kenyataan yang dimaklumkan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di sidang media COVID 19 semalam. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dimaklumkan mengenai kes pemalsuan keputusan ujian COVID-19.

Justeru itu, pihak KKM telah mengucapkan terima kasih kepada doktor yang telah membuat laporan polis berkenaan dengan pemalsuan keputusan ujian COVID-19.

Menerusi kenyataan berita Sinar Harian, sebelum ini akhbar telah melaporkan Dr Sathia yang juga pengasas SP Care bertindak melaporkan kepada polis selepas mendapati keputusan COVID-19 yang dijalankannya telah dipalsukan.

BACA JUGA :   231 Bayi di Terengganu Tidak Divaksin

Oleh itu, jelas Ketua Pengarah Kesihatan bahawa pihak kementerian akan bekerjasama rapat dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Sumber Manusia bagi memastikan isu tersebut dapat dirungkai.

Tambahnya lagi, pihak PDRM mempunyai kebolehan risikan yang hebat bagi menyiasat kes – kes ini.

Dr Noor Hisham, turut menjelaskan pihak kementerian sentiasa memastikan pemeriksaan audit dan audit berkala bagi memastikan ujian yang dijalankan menepati standard ke atas makmal – makmal swasta yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan.

Malah, pihak KKM juga menggunakan Sistem Makmal Kesihatan Awam (SIMKA), untuk mengenal pasti kes – kes melibatkan pemalsuan keputusan ujian COVID-19.

Beliau turut menegaskan, kes – kes dipalsukan adalah satu kesalahan. Tindakan boleh diambil mengikut Akta 342 dan juga akan melihat kepada tindakan seterusnya menggunakan akta – akta yang lain.

Sumber : Youtube Harian Metro, Sinar Harian, Kementerian Kesihatan Malaysia

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here