Para peniaga sekalian, jika anda mahu mendapatkan bekalan daging arnab segar. Dapatkannya menerusi syarikat Arnab Daulah. Arnab Daulah membekalkan produk arnab seperti berikut.

  • Daging Arnab
  • Bebola Daging
  • Daging Burger
  • Bulu Arnab
  • Baja Tinja
  • Urine Arnab (fertilizer)

Secara semula jadinya daging arnab mempunyai kebaikannya yang tersendiri.

Ia juga memberikan kesan yang baik untuk kesihatan. Khasiat yang pada daging ini datang dari pemakanan arnab itu sendiri.

Bagaimana? Seperti yang kita tahu arnab sangat kaya dengan vitamin, mineral dan rendah lemak. Ini kerana makanan yang di makan oleh arnab ialah sayur-sayuran, buah- buahan dan palet.

Daging arnab mempunyai banyak kebaikan, namun terdapat kesan dalam pengambilan daging arnab. Pemakanan daging arnab mestilah dalam keadaan terkawal dan tidak berlebihan. Ketahui beberapa kesan jika anda makan daging arnab.

Ibu mengandung.

Arnab boleh dimakan kerana daging tanpa lemak sangat baik untuk pertumbuhan normal janin. Daging arnab adalah sumber vitamin B12 yang baik.

BACA JUGA :   Manfaat Menjadi Delivery Partner SAFER Food

Walau bagaimanapun, elakkan memakan daging arnab liar kerana kita tidak tahu apa yang arnab tersebut makan. Jika arnab yang diternak, pemakanan dan diet mereka dijaga.

Alahan

Sesetengah individu yang alami alahan tidak digalakkan makan. Walaupun daging arnab mempunyai kebaikan untuk kesihatan tetapi ianya berbahaya untuk sesetengah orang.

Molekul gula yang terdapat dalam daging tertentu, seperti daging arnab, boleh menyebabkan reaksi alergi. Alergi yang dimaksudkan ialah alergi alpha-gal. Ianya bagi mereka yang mempunyai alergi kepada molekul galactose-a-1,3-galactose.

Gejala alergi alfa-gal muncul setelah 3-6 jam selepas pengambilan daging, termasuk ruam, gatal – gatal sukar bernafas, hipotensi, sakit perut yang teruk. Alergi ini boleh menjadi teruk jika tidak memantau pemakanan anda.

Penghidap Diabetes

Daging arnab adalah sebahagian dari diet yang disarankan untuk mereka yang menghidap diabetes, kerana daging arnab mempunyai rendah lemak dan kolestrol rendah dan nilai pemakanan yang setara dengan daging ikan.

BACA JUGA :   Peluang Peniaga, Restoran & Home Kitchen Mendaftar Sebagai Vendor Di Safer Food Merchant

Terdapat molekul yang dikenali sebagai asid lemak linoleik konjugasi di dalam daging arnab mungkin mempunyai potensi anti – kegemukan, kesan anti-karsinogenik dapat memperbaiki diabetes. Anda juga boleh memastikannya dengan melakukan pemeriksaan kesihatan.

Gout

Bagi mereka yang menghidap gout, anda dinasihatkan untuk mengelakkan daripada makan daging arnab. Ianya kerana di dalam daging arnab terdapat purin dan tahap kepekatan purin di dalam daging arnab adalah tinggi.

Sumber : FOODSTRUCT

Jika anda berminat mahu mendapatkan bekalan daging arnab, hubungi Arnab Daulah. Seperti yang dikatakan di atas Arnab Daulah adalah pembekal daging arnab. Anda juga boleh layari laman web kami untuk maklumat lanjut.

Hubungi talian di bawah jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan bekalan daging arnab.

Daging Arnab Daulah – https://arnabdaulah.com/

Tuan Syed – 013 2090322

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here