Tidak dinafikan setiap makanan boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada tubuh badan manusia. Kali ini, Deenamik akan berkongsi beberapa kesan yang anda akan peroleh sekiranya anda makan hidangan berasaskan daging arnab.
Daging arnab secara umumnya mempunyai pelbagai komposisi nutrien yang bermanfaat kepada badan manusia. Pengambilan secara berpada dan dalam kuantiti yang betul mungkin boleh mengelakkan anda daripada terkena beberapa penyakit. Perkara sebaliknya akan berlaku sekiranya pengambilan hidangan berasaskan daging arnab diambil secara tidak terkawal.
Kesan pengambilan daging arnab adalah berbeza mengikut individu. Setiap individu mempunyai daya ketahanan dan reaksi yang berbeza. Oleh itu, terdapat beberapa golongan yang perlu ambil perhatian terhadap kesan pengambilan daging arnab ke atas diri mereka. Apakah yang akan berlaku sekiranya seseorng individu itu makan daging arnab mengikut situasinya? Baca dengan lebih lanjut.
Golongan Penghidap Diabetes
Pengambilan daging arnab adalah sangat bagus diambil oleh para penghidap diabetes. Perkara ini adalah kerana daging arnab memiliki kurang lemak berbanding daging yang lain. Ianya juga mempunyai rendah kolestrol dan seakan setanding dengan nutrisi daging ikan. Terdapat molekul yang dijumpai di dalam daging arnab yang boleh membantu dalam penyakit diabetes yang dialami.
Pesakit Gout
Seseorang yang menghidap penyakit gout perlu mengelak daripada mengambil daging arnab. Perkara ini kerana daging arnab merupakan daging yang mempunyai kepekatan purin yang tinggi.
Perempuan Hamil
Perempuan yang hamil disarankan untuk mengambil daging arnab jenis yang diternak. Perkara ini kerana daging arnab tersebut memiliki vitamin B12 yang baik untuk perkembangan fetus. Akan tetapi, perempuan hamil perlu mengelak daripada memakan daging arnab liar kerana dikhuatiri arnab tersebut sudah dicemari dengan agen-agen perosak yang boleh memudaratkan. Arnab ternakan adalah bagus kerana pemakanan arnab lebih terjaga berbanding arnab liar yang tidak diketahui asalnya.
Alahan
Tidak semua orang boleh mengambil daging arnab. Perkara ini terjadi jika orang tersebut mendapati kesan alahan pada dirinya seperti gatal-gatal, ruam, kesukaran bernafas, atau sakit perut yang teruk. Alahan ini digelar sebagai alfa-gal di mana ianya boleh berpunca daripada kandungan gula yang terdapat di dalam daging arnab.
Sumber : Foodstruct
Tidak hanya kepada golongan yang disebut di atas, terdapat pelbagai lagi individu yang boleh terkesan dengan pengambilan daging arnab. Semua pengambilan adalah bergantung kepada diri sendiri. Jika anda mendapati sebarang perubahan pada diri anda setelah memakan hidangan daging arnab, anda perlu segera berjumpa doktor dan dapatkan nasihat pakar.
Namun begitu, jika anda adalah individu yang boleh makan daging arnab tanpa sebarang halangan atau alahan, anda boleh dapatkan bekalan daging arnab menerusi Arnab Daulah.
Arnab Daulah menjual produk berasaskan daging arnab dan produk berasaskan arnab. Antara produk yang dijual ialah :
- Daging arnab segar
- Bebola daging arnab
- Burger daging arnab
- Baja tinja arnab
- Fertilizer daripada urine arnab
- Bulu arnab
Jika anda berminat, anda boleh layari laman web Arnab Daulah di https://arnabdaulah.com/ atau anda boleh menghubungi nombor 013-2090322.