Apa yang anda perlu tahu tentang scam ni? Scam merupakan satu bentuk penipuan yang menggunakan trik untuk memperdayakan mangsa. Penipuan scam ini kebiasaanya melibatkan dengan menjanjikan mangsa pulangan wang besar.

Scammer menjanjikan mangsa sejumlah wang yang besar sebagai balasan untuk mangsa membuat pembayaran pendahuluan. Sekiranya mangsa membuat pembayaran, scammer sama ada membuat sejumlah bayaran tambahan untuk mangsa atau hilang begitu sahaja.

Mengapa ramai orang mudah terpedaya dengan scammer? Daripada petikan berita Sinar Harian, menurut Pakar Kriminologi dari Universiti Sains Malaysia, Dr. Geshina Ayu Mat menjelaskan scammer menyasarkan mangsa yang mudah diperdaya. Jelasnya lagi, scammer menjadikan mereka yang mudah tertarik dengan ciri keuntungan yang banyak dalam masa yang singkat sebagai mangsa mereka.

Tambahnya lagi, kajian telah dijalankan dan apa yang menunjukkan mangsa mudah ditipu  ialah mangsa mempunyai sifat keterbukaan, kawalan diri yang rendah, mencari jalan mudah/pintas dan mempunyai tahap pendidikan yang rendah.

Bagi mereka yang mudah terpedaya ini mungkin telah terkeliru dengan scam dan pelaburan. Di sini akan dijelaskan ciri – ciri scam yang bertopengkan pelaburan. Teruskan membaca supaya anda tidak tergolong dalam salah seorang mangsa scammer!!

BACA JUGA :   Trade Cryptocurrency Menerusi Platform Binance Dan Jana Pendapatan Automatik Secara Berterusan Selama 365 Hari Setahun.
Sumber Gambar: Google Image

Menjanjikan Pulangan

Anda perlu mengetahui bahawa pelaburan yang betul – betul sah tidak akan berani akan berani untuk menjanjikan sebarang keuntungan.

Bagi mengelakkan diri dari terjebak dengan sindiket ini anda di galakkan memeriksa terlebih dahulu institusi atau kumpulan yang melakukan aktiviti pelaburan ini. Menerusi portal MyGovernment, senarai institusi yang dibenarkan menerima deposit, melakukan perdagangan mata wang asing dan melakukan pengiriman wang boleh didapatkan di laman web Bank Negara Malaysia.

Pulangan Yang Tidak Masuk Akal

Kebanyakan scammer berani untuk menjanjikan pulangan yang lumayan dan menjanjikan perkara yang tidak mungkin boleh kita peroleh.

Menurut petikan berita Sinar Harian, jika hendak dibandingkan dengan pulangan daripada skim pelaburan seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB). Selain itu, bandingkan dengan kadar dividen Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan hibah Tabung Haji (TH).

Kini lihat pula pulangan yang dijanjikan oleh scammer tersebut. Pulangan yang dijanjikan sangat luar biasa tinggi, seperti 10 peratus sebulan atau 50 peratus setahun.

Perlu Mengajak Orang Lain Untuk Mendapatkan Pulangan

Apa yang anda perlu tahu adalah skim pelaburan tidak memerlukan kita untuk mengajak orang lain untuk menyertai skim tersebut dan mendapatkan pulangan. Ini kerana tiada istilah perlu merekrut beberapa orang dan mendapat beberapa peratus pulangan yang lumayan.

BACA JUGA :   Ketahui Manfaat Simpanan Menerusi Pelan Simpanan Eksklusif Tycoon Group.
Sumber Gambar: Google Image

Ianya sangat jelas menunjukkan bahawa skim ini mahu anda mengajak orang lain untuk turut sama terpedaya dengan janji manis yang ditaburkan mereka.

Tiada Undang – Undang Yang Perlu Dipatuhi

Jika anda betul – betul berminat untuk melakukan pelaburan buat pelaburan dengan skim yang berdaftar dan diuruskan oleh kerajaan sahaja.

Pilih jalan selamat untuk melabur agar apabila sesuatu berlaku seperti kecurian wang atau data peribadi digodam, kerajaan boleh membantu kita. Di Malaysia sahaja pun sudah ada banyak platform pelaburan yang diluluskan. Senarai institusi yang berdaftar boleh didapati di laman web Bank Negara Malaysia.

Akhir kata, sekiranya anda berminat untuk melakukan pelaburan, cari sumber yang dipercayai dan lakukan kajian terlebih dahulu sebelum mencuba sesuatu yang baru. Ini akan dapat mengelakkan daripada kita menjadi mangsa scammer yang berada di luar sana.

Sumber : Sinar Harian, Majalah Libur, MyGovernment

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here