Tidak dapat dinafikan bahawa daging arnab mempunyai rasa yang lazat jika dimasak sebagai juadah makanan tertentu. Jika anda mahu makan daging arnab, pastikan anda memilih arnab pedaging dan bukannya arnab peliharaan biasa.

Perkara ini adalah kerana daging arnab peliharaan mempunyai tekstur daging yang lebih liat berbanding tekstur arnab pedaging. Kebanyakan penternak adalah mereka yang menternak arnab pedaging secara komersial.

Penternakan arnab adalah lebih mudah berbanding binatang lain kerana arnab lazimnya mudah dijaga dan kos penjagaannya lebih rendah. Arnab juga mudah untuk melahirkan anak dan perkara ini menyebabkan binatang ternakan boleh membiak dengan banyak.

Arnab tidak memilih dalam pemakanan. Cukup diberikan pallete makanan, atau daun hijau berserta rumput kering. Vitamin tambahan boleh diberikan jika mahu bulu arnab kelihatan lebih cantik atau dapat membiak dengan baik.

BACA JUGA :   Jana Pendapatan Dengan Lebih Lagi Sebagai Pembekal Daging Arnab

Sumber : Harian Metro

Melihatkan itu, daging arnab dapat diperoleh dengan mudah melalui pembekal-pembekal yang menjualnya. Daging arnab yang mempunyai khasiatnya yang tersendiri mampu untuk menjadi setanding daging-daging lain.

Antara khasiat yang terkandung di dalam daging arnab ? ialah :

  1. Mempunyai kadar protein yang tinggi
  2. Memiliki kandungan kolestrol yang rendah
  3. Tidak mempunyai banyak lemak dan lemaknya tidak tepu
  4. Kandungan serat halus yang tinggi
  5. Kandungan air lebih tinggi berbanding daging ayam dan lembu.

Serat halus yang terkandung di dalamnya adalah seperti vitamin B12. Tidak cukup hanya itu banyak lagi vitamin lain seperti B-B1, B2, B4, B6, B9, A, PP, E,dan C. Daging arnab juga mengandungi omega-3 dan omega-6 asid lemak.

BACA JUGA :   Kebaikan Membeli Produk Berasaskan Arnab Secara Dalam Talian

Jika diambil dengan cara yang betul, daging arnab boleh membantu dalam sistem pencernaan, meningkatkan tenaga, tingkatkan kecerdasan otak, dan boleh membantu dalam merawat kencing manis.

Setelah membaca khasiat yang terkandung di dalam daging arnab pasti anda ingin mencuba atau ingin menikmati hidangan berdasarkan daging arnab. Anda boleh mengunjungi laman web Arnab Daulah untuk memesan produk berasaskan arnab.

Arnab Daulah memiliki produk yang berasakan arnab yang boleh anda perolehi dengan menempah secara dalam talian atau menelefon nombor yang tertera di bawah.

? Pautan untuk laman web : https://arnabdaulah.com/

? Nombor yang boleh anda hubungi untuk bekalan produk daging arnab : 013-2090322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here