Khasiat yang terkandung dalam daging arnab memberikan kebaikan kepada kesihatan tubuh manuasia.
Walaupun begitu pengambilan setiap makan mestilah dalam keadaan terkawal dan tidak berlebihan.
Antara khasiat yang ada pada daging arnab adalah kandungan protein yang tinggi. Kandungan protein yang terkandung pada daging arnab lebih tinggi daripada daging ternakan yang lain.
Bukan itu sahaja, daging arnab turut mengandungi sumber vitamin B12 yang tinggi. Daging arnab sangat kaya dengan Vitamin B12, ianya nutrien yang membantu menjaga kesihatan saraf dan sel darah badan.
Malah, Vitamin B12 turut membantu mencegah anemia iaitu anemia megaloblastik yang membuat orang letih dan lemah. Selain daripada vitamin B12, daging arnab turut mengandungi vitamin yang lain seperti vitamin E dan lain – lain.
Di samping itu, daging arnab juga mengandungi mineral yang tinggi. Kepekatan zat besi pada daging arnab adalah yang tertinggi dalam semua jenis daging. Daging arnab juga lebih tinggi dalam sumber mineral kalsium, potasium dan magnesium jika hendak dibandingkan dengan daging ayam mahupun lembu.
Daging arnab juga mengandungi kadar fosforus, tembaga, zink dan kolin yang optimum. Kelebihan lain dari daging arnab ialah mengandung kadar natrium yang rendah, ianya sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.
Selain daripada kandungan nutrisi tersebut, kandungan kolestrol, lemak dan juga kalori pada daging arnab juga sangat rendah. Disebabkan kandungan kolestrol, lemak dan kalori rendah pada daging arnab ianya sangat sesuai bagi mereka yang mahu menjaga pemakanan. Malah, daging arnab sesuai jika menjadi salah satu hidangan dalam diet makanan.
Sumber : FOODSTRUCT & LIVESTRONG
Oleh kerana peningkatan yang berlaku dalam permintaan bekalan daging arnab, banyak penternak tidak dapat memenuhi permintaan. Jika anda mahu mendapatkan bekalan daging arnab, anda boleh mendapatkannya menerusi syarikat Arnab Daulah.
Syarikat Arnab Daulah merupakan syarikat yang membekalkan produk arnab seperti produk makanan yang terdiri daripada daging arnab, bebola daging dan daging burger. Selain itu, terdapat juga produk lain seperti baja tinja, urine arnab dan juga bulu arnab.
Jika para peniaga, pihak restoran dan juga pengemar mahu mendapatkan bekalan produk arnab. Anda boleh menghubungi pihak Arnab Daulah melalui talian di bawah. Anda juga boleh melayari laman web untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Daging Arnab Daulah – https://arnabdaulah.com/
Tuan Syed – 013 2090322