Kluster Tembok Choh merupakan salah satu kluster baru yang telah dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam. Menerusi kenyataan akbar KPK, kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru, Pontian, Kota Tinggi, Kulai, dan Mersing di Johor.

Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah pusat tahanan. Sehingga 30 Disember 2020, sejumlah 1,020 individu telah disaring, di mana 382 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Penambahan jumlah tersebut telah menjadikan kes COVID-19 di Johor sebanyak 607 kes. Ini telah menjadikan kes COVID-19 di Johor yang tertinggi yang telah dilaporkan semalam.  Daripada jumlah 607 kes tersebut, 382 kes adalah melibatkan Kluster Tembok Choh, 164 kes daripada kluster sedia ada. Selebihnya, kes daripada saringan kontak rapat (40) dan lain – lain saringan  (29).

Daripada penambahan kes di Johor, telah menjadikan jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 1870 kes. Kes di negeri Johor mencatatkan  angka tertinggi dan diikuti oleh Selangor (472 kes), Sabah (208) serta Kuala Lumpur (219).

BACA JUGA :   Penduduk Jepun Ditawarkan Suntikan Vaksin COVID-19 Percuma

Dengan penambahan kes tersebut, telah menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia ialah sebanyak 110 485 kes. Manakala, jumlah kes yang masih aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 22 562 kes.

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh KKM, terdapat 8 kluster yang telah dikenal pasti. Kluster Tembok Choh merupakan salah satu kluster baru yang dikenal pasti. Berikut adalah senarai 8 kluster yang telah dikenal pasti.

  1. Kluster Tembok Choh di Johor : 382 kes
  2. Kluster Tapak Bina Broga di Hulu Langat, Selangor : 64 kes
  3. Kluster Tapak Bina Jalan Stesen di Lembah Pantai, Kuala Lumpur : 54 kes
  4. Kluster Slot Berjaya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur : 9 kes
  5. Kluster Jalan Nikolas di Titiwangsa, Kuala Lumpur : 6 kes
  6. Kluster Gerbang Pongsu di Kerian; Kinta , Perak : 8 kes
  7. Kluster Damai Ketari di Bentong, Pahang : 21 kes
  8. Kluster Alor di Kota Setar, Kedah : 20 kes
BACA JUGA :   Kluster Benteng Dikesan Di Lahad Datu

Penambahan 8 kluster ini telah menjadikan jumlah kluster yang telah dilaporkan ialah 506 kes. Manakala, jumlah kluster yang telah tamat ialah sebanyak 283 kluster dan kluster yang masih aktif serta di bawah pengawasan KKM sebanyak 223 kluster.

Oleh itu, kita semua mestilah mematuhi SOP dan menjaga keselamatan, kebersihan diri dan juga jarak fizikal mestilah dijaga. Ini bagi mengelakkan daripada virus ini dari terus merebak. Bukan itu sahaja, anda semua mestilah mengamalkan 3W dan mengelakkan daripada melakukan 3S.

Mengelakkan Diri Dari 3S/3C :

  • Elakkan berada di tempat sesak,
  • Elakkan juga berada di tempat sempit
  • Elakkan untuk bersembang pada jarak dekat.

Mengamalkan 3W.

  • Kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash),
  • Memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan
  • Beri amaran (warn) seperti ;
    • Amalkan etika batuk dan bersin,
    • Elak kunjung mengunjungi,
    • Dapatkan rawatan jika bergejala dan
    • Sanitasi tempat yang kerap disentuh.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here