Menerusi sidang media PKPP/PKPB yang diumumkan, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur telah dilanjutkan. Menurut, Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, didapati sebanyak 6366 kes positif COVID-19 telah direkodkan di Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, pihak Kementeria Kesihatan Malaysia (KKM), mengesahkan masih terdapat peningkatan kes positif COVID-19. Peningkatan yang ketara daripada beberapa kluster berada di Kuala Lumput. Pihak kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPB di Kuala Lumpur di atas nasihat KKM.

Bukan itu sahaja, menerusi post di laman media sosial Twitter KKM, Kluster Teratai telah menjadi kluster paling tinggi kes positif dengan 5178 kes. Jumlah kes melibatkan Kluster Teratai telah mengatasi jumlah Kluster Perhimpunan Sri Petaling yang berjumlah 3375 kes positif. Kluster Perhimpunan Sri Petaling telah pun di isytiharkan tamat pada 8 Julai 2020.

BACA JUGA :   FIFA Umum Ranking Terbaru, Kedudukan Harimau Malaya Jatuh Lagi

Daripada laporan yang dikeluarkan oleh KKM, jumlah kluster yang telah dilaporkan tamat 201 kluster. Manakala, kluster yang masih aktif adalah sebanyak 187 kluster. Antara kluster yang melaporkan pertambahan kes baru tertinggi ialah :

  •  Kluster Ceram – 155 kes
  • Kluster Penjara Jalan Harapan – 141 kes
  • Kluster Cergas – 92 kes
  • Kluster Tembok – 92 kes

Bagi menggelakan daripada virus ini dari terus merebak dan menular, kita semua mestilah mematuhi SOP dan nasihat pihak kerajaan serta KKM. KKM turut menyarankan untuk semua mestilah mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S/3C.

Elakkan 3S/3C.

  • Elakkan berada di tempat sesak (crowded places)
  • Elakkan juga berada di tempat sempit (confined places)
  • Elakkan untuk bersembang pada jarak dekat (close conversation)

Amalkan 3W.

  • Kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash),
  • Memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan
  • Beri amaran (warn) seperti ;
    • Amalkan etika batuk dan bersin,
    • Elak kunjung mengunjungi,
    • Dapatkan rawatan jika bergejala dan
    • Sanitasi tempat yang kerap disentuh.
BACA JUGA :   Daulah Educonsult Platform Terbaik Untuk Sambung Pengajian Di Luar Negara

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here