Pernahkah anda berfikir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan ke universiti luar negara? Kali ini Deenamik mahu membongkarkan universiti perubatan terbaik yang boleh anda pilih untuk melanjutkan pengajian. Universiti tersebut adalah Universitas Sumatera Utara di Indonesia.

Universitas Sumatera Utara atau dikenali sebagai USU ini adalah antara universiti yang terulung di Indonesia. USU merupakan universiti awam yang terletak di Kota Medan, Sumatera Utara, Indonesia.

USU yang telah dirasmikan sebagai universiti ketujuh di Indonesia oleh Presiden Seokarno pada 1957 tersebut telah membuka Fakulti Perubatan pada tahun 1952. Fakulti Perubatan adalah antara fakulti pertama yang ditubuhkan.

Antara bidang yang telah ditawarkan di USU adalah perubatan, pergigian dan farmasi. Jika anda mempunyai cita-cita untuk menjadi doktor, ahli farmasi atau doktor pergigian, anda boleh mendaftar masuk ke USU.

BACA JUGA :   Papan induk terbaik kelas X570

Tempoh pengajian bagi bidang-bidang tersebut adalah selama empat sehingga ke lima tahun setengah. Pecahannya adalah :

Bidang famasi : 4 Tahun
Bidang pergigian : 5 Tahun
Bidang perubatan : 5 Tahun setengah

Anda tidak perlu bimbang sekiranya anda menyambung pengajian di Universitas Sumatera Utara, Indonesia. Terdapat banyak kelebihan jika menyambung pengajian di USU.

Antara kelebihan jika belajar di USU adalah :

  • Bahasa yang digunakan seakan-akan sama
  • Tidak perlu bimbang mengenai makanan halal
  • Lokasi universiti yang strategik
  • Mempunyai pelbagai kemudahan buat pelajar
  • Diiktiraf oleh agensi kerajaan Malaysia dan antarabangsa

Syarat kelayakan umum untuk memasuki USU adalah :

? Lepasan SPM/O-Level/IGCSE dan setaraf = minimum lulus untuk kesemua subjek sains
? Lepasan Diploma, Asasi, Matrikulasi, STPM dan setaraf = CGPA 3.0 dan keatas

Namun begitu, jika anda mempunyai sebarang keputusan selain daripada syarat yang ditetapkan, anda boleh rujuk kepada agensi Daulah Educonsult. Daulah Educonsult boleh memberikan sesi konsultasi secara percuma kepada anda.

BACA JUGA :   Ketahui Kelebihan Sambung Belajar Bidang Perubatan Di KSMU, Rusia

Tidak hanya itu, anda juga boleh mendaftar untuk kemasukan ke USU bagi sesi September 2021 bersama Daulah Educonsult. Dalam pada itu, Daulah Educonsult juga menawarkan kepada pelajar untuk menyambung pelajaran di universiti terbaik di sekitar Indonesia, Rusia, Poland dan Bangladesh.

Jika anda mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran ini, anda boleh layari laman sesawang yang berikut :

Website : http://daulahmedic.com/
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult

Anda juga boleh menghubungi konsultan Daulah Educonsult untuk maklumat lanjut berkenaan cara pendaftaran ke universiti di luar negara.

No. Pejabat:  03-92851322
Customer service : 018-9624322
Konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here