Semalam, 10 Disember 2020, kita digemparkan dengan berita kes COVID-19 melonjak naik kepada empat angka semula. Jumlah kes semalam adalah yang tertinggi sepanjang pandemik ini berlangsung di Malaysia.

Daripada jumlah kes sebanyak 2234 kes baharu semalam, 1428 kes adalah kes yang dicatatkan di Selangor sahaja. Dan kebanyakan kes adalah daripada kawasan Lembah Klang.

Hanya lima kes import yang dicatatkan daripada jumlah kes tersebut yang mana merupakan jangkitan dari luar negara.

Kes aktif terkini adalah sebanyak 11687 kes dan jumlah terkumpul bagi kes COVID-19 secara keseluruhan adalah sebanyak 78499 kes.

Setakat pukul 12 tengah hari semalam, sebanyak tiga kes kematian yang telah dilaporkan dan kes sembuh adalah sebanyak 1112. Dr Noor Hisyam Abdullah menyatakan bahawa terdapat lima kluster baru di mana tiga kluster di Lembah Klang dan dua lagi di Johor.

BACA JUGA :   Takut Nak Jumpa Doktor Gigi? Apa Nak Buat Ni?

Perkara ini menyebabkan sejumlah 187 kluster aktif yang perlu dipantau oleh pihak kesihatan dan keselamatan negara.

Terdapat 124 kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 60 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Kebanyakan kes tertinggi yang dicatatkan adalah berpunca daripada tempat kerja dan pergerakan penduduk ke luar daerah atau negeri. Oleh yang demikian, rakyat disarankan supaya jangan mengabaikan prosedur operasi standars (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Pematuhan SOP adalah penting untuk membendung penularan kes COVId-19 dengan lebih meluas. Jangan terlalu bersuka-ria terhadap kelonggaran yang telah diberikan dan pastikan anda mampu untuk menjaga diri serta orang di sekeliling anda.

BACA JUGA :   Malaysia Bakal Diancam Serangan Siber?

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here