Arnab yang lebih sinonim sebagai antara binatang peliharaan kepada manusia merupakan antara haiwan yang banyak manfaatnya. Tidak hanya sebagai peneman manusia di saat kesunyian, arnab juga membawa banyak kepentingannya yang tersendiri.
Daripada halus-halus bulunya sehingga ke sisa pembuangan najisnya, binatang yang dipanggil arnab ini membawa manfaat yang banyak kepada manusia. Terdapat beberapa pembahagian manfaat daripada bahagian-bahagian arnab. Bahagian tersebut adalah daging, bulu dan sisa najisnya.
Daging Arnab
Daging arnab sebenarnya mempunyai banyak kelebihan daripada daging ayam dan daging lembu. Bagi sesiapa yang tidak pernah merasai atau makan daging arnab, mungkin perkara ini agak janggal bagi mereka. Sesuatu yang tidak biasa kepada kita bukan bermakna ianya tidak baik. Malahan, boleh menjadi manfaat yang besar kepada manusia.
Kandungan lemak yang dikatakan rendah, daging arnab boleh menjadi satu daripada diet seimbang dalam pemakanan manusia. Daging arnab mempunyai komposisi yang pelbagai dan zat kandungan yang tinggi. Kandungan protein daging arnab adalah tinggi dan kandungan kalorinya pula rendah.
Komposisi daging arnab dilihat jauh berbeza dengan daging ayam dan daging lembu. Selain itu, antara vitamin yang terkandung di dalam daging arnab adalah vitamin B12 dan vitamin E. Vitamin B12 adalah vitamin yang sangat diperlukan di dalam badan manusia. Antara fungsinya adalah untuk membantu dalam pembentukan sel darah merah di dalam badan. Oleh itu, daging arnab sangat sesuai untuk diambil oleh golongan yang mengalami anemia, cepat penat, dan mempunyai masalah penglihatan.
Bulu Arnab
Jika dilihat secara kasar, bulu arnab kelihatan sangat lembut. Ada yang pendek dan ada yang panjang mengikut kaedah penjagaan arnab tersebut. Bulu arnab juga tidak terhad kepada hanya berwarna putih malahan ada yang bertompok pelbagai warna. Warna bulu arnab juga bergantung kepada baka yang diternak.
Bulu arnab boleh digunakan untuk menjadi bahan di dalam industri fesyen. Tidak terhad kepada pakaian seperti kot dan jaket, bulu arnab juga boleh menjadi komponen kepada aksesori seperti anting-anting, skarf dan sebagainya. Sebagai contoh, arnab Angora adalah satu spesis arnab yang diternak untuk dicukur bulunya seperti bulu biri-biri apabila sudah panjang.
Najis Arnab
Najis binatang tidak semestinya sesuai untuk dijadikan baja kepada pertanian anda. Akan tetapi, perkara ini berbeza dengan najis arnab. Baja kompos yang mempunyai najis arnab dilihat mampu memberikan penghasilan yang berlainan. Hal ini kerana baja kompos najis arnab memiliki kandungan nitrogen yang tinggi.
Kandungan nitrogen yang tinggi adalah bagus untuk pembiakan cacing tanah. Bahan organik yang terkandung di dalam baja kompos najis arnab ini mampu untuk menyuburkan dan membantu dalam pemulihan keadaan tanah.
Sumber: halodoc
Melihatkan pada manfaat-manfaat yang ada pada arnab ini, manfaat daging arnab adalah antara penyumpang yang terbesar. Syarikat Arnab Daulah menawarkan beberapa produk daging arnab:
- daging segar arnab
- bebola daging arnab
- burger daging arnab
Selain itu, Arnab Daulah juga mempunyai baja fertilizer yang boleh digunakan untuk pertanian anda.Dengan itu, jika anda ingin mendapatkan bekalan daging arnab atau baja kompos najis arnab. Anda boleh hubungi atau layari laman web Arnab Daulah seperti yang tertera:
Arnab Daulah – https://arnabdaulah.com/
Tuan Syed – 013 2090322