Semalam sudah bermula kelonggaran SOP di kedai makan di mana premis perniagaan makanan seperti restoran tidak perlu lagi mempunyai had di meja makan. Prosedur operasi standard (SOP) telah diberi kelonggaran setelah mendengar keluhan daripada rakyat.

Rakyat menyatakan bahawa tiada guna jika seluruh keluarga boleh keluar dari rumah jika mereka makan berasingan di premis makanan. Bagi jumlah ahli keluarga yang besar, perkata ini mungkin melecehkan kepada pelanggan lain dan pengurusan kedai makan itu sendiri.

Perkara ini sedikit sebanyak melegakan pihak pengurusan restoran, atau kedai makan kerana tidak lagi perlu mengehadkan jumlah pelanggan yang boleh memasuki premis. Namun begitu, kelonggaran SOP ini hanya tertakluk kepada kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

BACA JUGA :   10 Pekerjaan Yang Menawarkan Gaji Paling Lumayan Di Malaysia

Bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kelonggaran SOP tidak akan berlangsung. Perkara ini untuk membendung penularan virus COVID-19 dengan lebih meluas.

Sejak pergerakan merentas daerah dan negeri dibenarkan kepada kawasan PKPP dan PKPB, semakin banyak kelonggaran SOP yang dikuatkuasakan. Rakyat yang juga keliru dengan perbezaan PKPB dan PKPP meminta Menteri Kanan (Keselamatan) mengulas lanjut berkenaan perkara ini.

Dengan itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa hanya kawasan PKPP boleh menjalankan aktiviti sosial seperti majlis perkahwinan, mesyuarat dan lain-lain. Akan tetapi, semua aktivit tersebut masih tertakluk kepada SOP seperti penjarakan sosial, pemakaian topeng muka, memeriksa suhu badan dan lain-lain.

BACA JUGA :   BPN 2.0 : KitaPrihatin

Bagi kawasan yang dikenakan PKPB pula, beliau memberitahu bahawa aktiviti sosial masih tidak dibenarkan dan rakyat yang berkerja di kawasan zon merah masih disarankan untuk bekerja dari rumah.

Kerajaan mendengar dengan baik keluhan rakyat yang mahu meraikan hari perayaan dengan suasana yang menyenangkan. Selain itu, Majlis Keselamatan Negara juga diberikan cadangan untuk lebih meneliti perihal pelancongan dan aktiviti sukan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berterusan menegaskan bahawa rakyat perlu mengambil serius berkenaan SOP dan melakukan kawalan kendiri dengan sebaiknya. Ingat. Kita masih belum menang dalam menangani pandemik COVID-19 ini. Patuhi SOP yang ditetapkan dan kita jaga kita.

Sumber : BERNAMA

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here