Arnab mempunyai pelbagai spesies atau baka. Tidak hanya sebagai binatang peliharaan yang comel, arnab juga mampu membekalkan daging. Arnab ini digelar sebagai arnab pedaging.
Arnab pedaging di Malaysia selalunya diambil daripada baka California dan New Zealand White. Namun begitu, terdapat lagi jenis yang boleh diternak sebagai arnab pedaging. Antara baka yang ada ialah Carolina, New Simonare dan Sepanyol.
Baka arnab seperti di atas adalah baka yang diimport dari negara-negara luar seperti United Kingdom, Jerman Barat, Itali dan Perancis. Namun begitu, terdapat juga pembekal tempatan yang sudah menjual baka import ini di Malaysia.
Untuk permulaan, mereka yang mahu memulakan penternakan arnab pedaging ini boleh menggunakan arnab import. Hal ini kerana purata arnab melahirkan anak adalah sebanyak 7 sehingga 9 ekor. Berat arnab ketika dua bulan pula boleh mencecah 2 kilogram.
Industri penternakan arnab di Malaysia tidak sebanyak binatang ternakan lain seperti lembu, ayam, dan kambing. Masih belum ramai yang mampu untuk memberanikan diri dalam menceburkan diri dalam penternakan arnab pedaging.
Dalam pada itu, adakah anda tahu industri penternakan arnab ini mampu untuk memberikan keuntungan yang lumayan? Perkara ini terjadi kerana permintaan terhadap daging arnab semakin meningkat setiap tahun.
Penternakan arnab dikira sebagai antara yang paling mudah kerana menggunakan kos yang sedikit. Tambahan daripada itu, arnab lebih mudah dijaga dan sangat senang untuk membiak.
Selain daripada mendapatkan dagingnya, bulu dan najisnya juga boleh dijadikan sebagai produk jualan. Bulu arnab adalah sangat lembut dan sesuai untuk dijadikan subjek di dalam dunia fesyen. Najis arnab pula boleh diproses menjadi baja kompos dan air kencingnya boleh menjadi bahan fertilizer.
Mengikut beberapa kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Harian Metro, arnab boleh memberikan keuntungan yang lebih. Sambutan yang menggalakkan turut menjadi faktor industri ini dapat diperluaskan lagi.
Seperti yang terjadi kepada Muhamad Rizal Adha, beliau mula menternak arnab hiasan hanya sebagai hobi. Daripada situ, penternakannya terus berkembang sehingga menjadi 500 ekor arnab pedaging jenis New Zealand White.
Arnab jenis ini boleh dijual dagingnya dan kadang-kala tidak dapat memenuhi permintaan daripada pelanggan. Mungkin anda juga boleh menjadi pembekal arnab pedaging.
Jika anda ingin mendapatkan produk berasaskan arnab, anda boleh melawati laman web Arnab Daulah atau anda boleh hubungi nombor 013-2090322.