Safer adalah aplikasi yang mempunyai pelbagai jenis perkhidmatan yang boleh anda gunakan untuk kemudahan anda. Antara perkhidmatan yang ditawarkan melalui aplikasi Safer ialah Safer Ride.

Safer Ride merupakan satu perkhidmatan e-hailing. Jika anda mahu bergerak atau mahu ke tempat yang diinginkan tetapi tidak mempunyai kenderaan, anda boleh cuba menggunakan Safer.

Pelbagai kategori Safer Ride yang boleh anda pilih mengikut tujuan dan kesesuaian bajet anda. Tidak hanya itu, Safer Ride juga memastikan keselesaan penumpang semasa dalam perkhidmatan.

Kategori Safer Ride

  1. SaferGo

Menggunakan kereta yang boleh memuatkan sehingga empat orang penumpang dalam satu-satu masa. SaferGo adalah pilihan utama sekiranya anda mahu berulang-alik ke tempat kerja atau mahu ke sesuatu destinasi untuk berjalan-jalan. Jenis kereta yang digunakan adalah Proton Saga, Perodua Myvi, Perodua Axia, Nissan Almera dan lain-lain.

2. SaferGo Xtra

Perkhidmatan ini adalah untuk mereka yang mahu bergerak ke sesuatu tempat akan tetapi dalam bilangan yang ramai. Kereta yang digunakan boleh memuatkan sehingga lima ke enam orang penumpang dalam satu-satu masa. Kereta yang mendaftar di bawah kategori SaferGo Xtra adalah seperti Proton Exora, Perodua Alza, Nissan Grand Livina dan lain-lain.

BACA JUGA :   Jana Pendapatan Dengan Berniaga Secara Online di Safer Food

3. Safer Gold

Safer Gold menyajikan kepada anda kereta yang berkelas premium yang boleh memuatkan seorang ke empat orang penumpang. Kereta yang digunakan adalah seperti BMW, Mercedes, Volkswagen Passat dan lain-lain.

4. Safer Indulge

Safer Ride kategori ini adalah untuk anda yang mahu bergerak bersama-sama di dalam kuantiti yang ramai. Safer Indulge boleh memuatkan sehinga tujuh orang penumpang pada satu-satu masa. Kenderaan Safer Indulge yang mendaftar di dengan Safer ialah Toyota Velfire, Toyota Alphard, Mercedes V 220 D dan lain-lain.

5. Safer Swift

Perkhidmatan menghantar penumpang menggunakan kenderaan beroda dua juga ada di Safer. Perkhidmatan ini diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada pengguna yang mahu sampai ke destinasi dengan pantas.

Jika anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan Safer. Anda boleh mendaftar dahulu sebagai pengguna Safer di http://tinyurl.com/y7p2xzjp.

Anda juga boleh mendaftar menerusi aplikasi Safer yang sudah dimuat turun di telefon pintar anda.

BACA JUGA :   Pendaftaran Percuma Untuk Menjadi Rakan Pemandu Dan Penghantar Safer.

Bagi pengguna Android : https://bit.ly/saferandroid
Bagi pengguna iOS : https://bit.ly/saferiphone

Setelah anda memuat turun aplikasi Safer, anda sudah boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Safer. Tidak hanya menggunakan perkhidmatan Safer, anda juga boleh menjana pendapatan pasif.

Bagaimana caranya? Anda boleh berkongsi referral code yang anda sudah perolehi di aplikasi Safer. Perkongsian boleh dilakukan tanpa had. Anda boleh berkongsi referral code tersebut kepada orang ramai yang belum mempunyai akaun Safer. Lebih banyak anda kongsikan referral code tersebut, lebih banyak pulangan yang anda boleh dapat.

Pendapatan ini akan anda perolehi sekiranya pendaftar baharu tersebut menggunakan referral code anda untuk mendaftar. Setiap kali mereka menggunakan perkhidmatan Safer, anda akan mendapat 1% daripada nilai jumlah resit yang telah dibayar oleh pengguna tersebut.

Anda mahu menjana pendapatan pasif tanpa banyak bergerak? Muat turun aplikasi Safer sekarang!

Jika anda memerlukan lebih maklumat mengenai Safer, anda boleh klik pautan di bawah :

Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here