Siapa yang tidak mengetahui temasya sukan Olimpik. Temasya sukan Olimpik adalah temasya sukan yang berlangsung sekali dalam empat tahun. Logo sukan Olimpik yang mempunyai lima bulatan yang bersangkutan antara satu sama lain adalah tidak asing bagi dunia sukan. Tidak hanya sukan tanah air, ianya adalah temasya sukan antarabangsa yang mempertandingkan banyak pingat untuk setiap acara.

Olimpik 2020 yang sepatutnya dijalankan secara besar-besaran pada tahun ini telah ditangguhkan akibat pandemik COVID-19. Olimpik 2020 menyaksikan Jepun sebagai tuan rumah telah melakukan pelbagai persediaan untuk temasya ini. Penangguhan yang dilakukan sedikit sebanyak pasti mempengaruhi sektor ekonomi dan pelancongan negara tersebut.

Namun begitu, mengikut persidangan baru-baru ini oleh Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC), mereka telah mengeluarkan kenyataan di mana terdapat sukan tambahan yang akan dimasukkan. Sukan tersebut adalah breakdance, skateboard, memanjat, dan meluncur ombak.

BACA JUGA :   TAN CHENG HOE KEMUDI HARIMAU MALAYA HINGGA 2020

Sukan ini telah mendapat kelulusan daripada pihak IOC dan akan dilaksanakan pada temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 bagi skateboard, memanjat dan luncur ombak. Bagi breakdance atau nama lainnya breaking akan dipertandingkan pada Olimpik Paris 2024.

Fokus utama sukan ini telah diluluskan adalah kerana ianya lebih diminati oleh golongan muda belia. Di samping itu, ianya juga boleh menggalakkan lebih ramai generasi muda untuk mengambil serius mengenai sukan-sukan tersebut.

Sumber : Berita Harian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here