Sepanjang pandemik berlangsung, banyak kemudahan dan bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan. Bantuan yang diberikan adalah untuk membantu rakyat yang terjejas sepanjang pandemik COVID-19 ini.

Kelonggaran pembayaran dan penambahan tempoh bayaran balik oleh beberapa organisasi juga diaplikasikan untuk mengurangkan risiko rakyat kehilangan sumber pendapatan.

Semalam, 21 Disember 2020, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuka permohonan i-Sinar secara dalam talian. Meskipun permohonan telah dilakukan secara dalam talian, terdapat juga rakyat yang hadir ke pejabat KWSP untuk membuat pengesahan.

Kebanyakan pencarum yang hadir adalah untuk memastikan mereka benar-benar lulus untuk membuat permohonan tersebut. Kaunter pejabat menjadi sesak kerana ramai pencarum yang hadir pada satu-satu masa.

BACA JUGA :   Ketahui 7 Bahasa Paling Banyak Digunakan Di Dunia

Dikatakan terdapat lapan juta pemilik akaun KWSP layak untuk memohon i-Sinar. Jadi tidak hairanlah ramai pencarum yang sanggup beratur panjang untuk membuat pengesahan. Terdapat dua kategori permohonan dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk memohon i-Sinar. Jumlah kelayakan pengeluaran wang daripada akaun 1 KWSP adalah tertakluk kepada baki simpanan akaun.

Untuk kategori satu, permohonan dibuka kepada ahli yang tidak mencarum sekurang-kurangnya dua bulan berturut-turut semasa permohonan dilakukan. Ahli yang mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% ke atas sejak tarikh 1 Mac 2020 turut berada di dalam kategori ini.

Bagi kategori dua, terdapat beberapa butiran penting yang diperlukan untuk memohon i-Sinar. Untuk melancarkan proses permohonan, pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan ahli seperti penyata gaji sebelum dan selepas pemotongan pendapatan jika ada.

BACA JUGA :   PNB: ADAM 50 BERAKHIR TAHUN INI

Sumber : Utusan Malaysia, Malaysia Gazette

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan i-Sinar, anda boleh ajukan kepada KWSP atau layari laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/.

Inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan dan KWSP sedikit sebanyak melegakan beban yang ditanggung oleh rakyat. Di musim pandemik ini, ramai pekerja yang kehilangan pekerjaan dan gaji juga dikurangkan.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here