Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau dikenali sebagai GST telah dilaksanakan pada tahun 2015. Setelah tiga tahun dilaksanakan, GST dimansuhkan dan diganti dengan SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan).

Menurut Timbalan Menteri Kewangan 1 (Datuk Abd Rahim Bakri), GST dilihat memberikan lebih banyak memberikan keuntungan kepada kerajaan. Beliau juga berkata semenjak SST dilaksanakan, pendapatan negara berkurang dengan banyak berbanding pelaksanaan GST.

Meskipun GST mempunyai banyak kekurangan, jika kekurangan itu diatasi dengan baik dan tersusun, adalah tidak mustahil GST akan dikembalikan. Pandangan semua anggota kerajaan dan rakyat turut diambil kira jika benar perkara ini terjadi.

Perkara ini telah dibangkitkan ketika Datuk Abd Rahim Bakri bersuara ketika menggulung Rang Undang-Undang (Pindaan) 2020 di Dewan Negara. Dalam pada itu, beliau juga menyatakan bahawa kerajaan memandang serius terhadap ekonomi gelap yang berlaku di negara ini.

BACA JUGA :   Membaca Adalah Penawar Untuk Masalah Depression

Perbincangan dan kajian yang lebih terperinci akan dilakukan oleh pihak kerajaan supaya kesepakatan dalam perubahan mengenai ekonomi negara dapat dilaksanakan dengan lebih baik. Apa pandangan anda? Adakah anda setuju jika GST dikembalikan?

Sumber : BERNAMA

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here