Daulah Educonsult membuka kemasukan untuk pelajar yang mahu menyambung pengajian di bidang perubatan.  Kemasukan ke Universitas Sumatera Utara, Indonesia di buka untuk sesi September 2021.

Indonesia juga merupakan salah satu negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult yang mempunyai tawaran pengajian di bidang perubatan. Selain daripada Indonesia, negara lain yang juga ditawarkan oleh Daulah Educonsult ialah Turki, Mesir, Poland, Rusia dan Bangladesh.

Universiti yang ditawarkan di Indonesia telah mendapat pengiktirafan, jadi para pelajar tidak perlu risau untuk menyambung pengajian melalui Daulah Educonsult.

  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Majlis Pergigian Malaysia (MDC)
  • Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  • Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
  • Majlis Veterinar Malaysia (MVC)

Daulah Educonsult telah membuka tawaran belajar di Indonesia untuk sesi September 2021 untuk beberapa buah universiti. Pelajar yang mahu melanjutkan pengajian ke Indonesia boleh membuat tempahan awal di Daulah Educonsult. Universitas Sumatera Utara merupakan salah satu universiti di Indonesia yang menawarkan bidang perubatan.

BACA JUGA :   PURSUING A HIGHER EDUCATION IN ISLAMIC STUDIES

Universitas Sumatera Utara

Universiti yang paling ramai pelajar Malaysia menyambung pengajian ialah Universitas Sumatera Utara. Universiti ini menawarkan pengajian di dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi. Ia juga telah ditubuhkan pada 4 Jun 1952.

Selain itu, universiti ini merupakan salah satu universiti yang terbaik di Pulau Sumatera dan universiti negeri tertua di luar Jawa. Malah, universiti ini juga adalah yang pertama di Pulau Sumatera yang mempunyai Fakulti Kedokteran (Perubatan).

Fakulti Kedokteran (Perubatan) ini telah didirikan pada 20 Ogos 1952. Pada 20 November 1957 Presiden Indonesia, Soekarno telah merasmikan Universitas Sumatera Utara universiti negeri ketujuh di Indonesia.

Tempoh pengajian di Universitas Sumatera Utara adalah mengikut bidang pengajian. Bagi bidang perubatan dan pergigian, tempoh pengajian adalah selama 5 tahun. Manakala, untuk bidang pengajian farmasi, tempoh pengajian adalah selama 4 tahun.

BACA JUGA :   7 Fakta Menarik Tentang Negara Mesir

Syarat kelayakan untuk memasuki universiti tersebut ialah seperti di bawah ;

  1. Mempunyai STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma.
  2. Minimum CGPA 3.00 (Sekiranya cgpa bawah 3.00, sila hubungi Daulah).
  3. Wajib mengambil subjek BIOLOGI, KIMIA & FIZIK dalam SPM.

Sekiranya pelajar berminat untuk melanjutkan pengajian bersama dengan Daulah Educonsult. Pelajar boleh menghubungi talian di bawah. Sila layari laman web dan media sosial kami untuk maklumat lanjut.

Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here