Daulah Educonsult membuka kemasukan belajar di Kursk State Medical University untuk sesi Disember 2020. Bagi pelajar yang berminat mahu melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan boleh mendaftar menerusi Daulah Educonsult.

Kursk State Medical University terletak di Rusia, untuk pengetahuan pelajar universiti berkenaan melakukan teknik pembelajaran secara atas talian. Ini berikutan dengan situasi pandemik yang melanda seluruh dunia, pelajar akan belajar menerusi atas talian di Malaysia. Untuk ketahui dengan lebih lanjut terus membaca.

Selain daripada Rusia, Daulah Educonsult turut menawarkan pengajian di Indonesia, Poland, mesir, Bangladesh dan Turki. Antara bidang yang ditawarkan di Kursk State Medical University ialah bidang pra – perubatan, perubatan dan gerontologi.

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk pelajar yang berminat untuk memohon menyambung pengajian di sini.

  • SPM/IGCSE – Minimum lulus dalam semua subjek sains.
  • STPM, Matrikulasi & Asasi – CGPA 3.0 dalam subjek sains.
  • Diploma – CGPA 3.0
BACA JUGA :   Kemasukan Ke Maahad Buuth Menerusi Madrasah Daulah

Teknik pembelajaran di Kursk State Medical University adalah seperti berikut,

  • Pelajar berada di Malaysia tetapi waktu kelas adalah berjalan seperti biasa dari jam 3 petang ke 8 malam waktu Malaysia.
  • Setiap kelas secara keseluruhannya akan di uruskan oleh pensyarah subjek.
  • Para pelajar akan belajar di dalam kumpulan yang kecil iaitu dari 8 ke 10 orang untuk satu kumpulan.
  • Teknik pengajian adalah kajian kes bersama profesor dan penggunaan nota.
  • Pelajar akan lebih kepada melakukan perbincangan bersama.
  • Penglibatan pelajar pada setiap perbincangan amat penting.

Kursk State Medical University ditubuhkan pada tarikh 7 Februari 1935. Universiti ini merupakan universiti yang pertama yang menawarkan program latihan perubatan di dalam bahasa Inggeris.

BACA JUGA :   Sambung Belajar Di Rusia Bersama Daulah Educonsult.

Malah, merupakan salah sebuah universiti yang terkemuka dalam bidang pengajian perubatan di Rusia. Telah lahir lebih daripada 40 ribu doktor, ahli farmasi dan profesional kesihatan yang laintelah dilatih selama 85 tahun universiti ini ditubuhkan.

Pelajar tidak perlu risau kerana universiti ini telah mendapat pengiktirafan daripada ;

  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Majlis Pergigian Malaysia (MDC)
  • Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  • Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
  • Majlis Veterinar Malaysia (MVC)

Jika pelajar mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat dengan lebih lanjut. Sila hubungi talian di bawah dan layari laman web serta media sosial kami.

Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here