Daging arnab sebenarnya sangat sukar untuk didapati di kedai-kedai daging biasa. Bagi penggemar daging arnab, semestinya mereka sudah mempunyai tempat yang mereka sukai untuk mendapatkan bekalan.
Namun tidak bagi pemakan daging arnab yang biasa. Apa yang boleh dilakukan ialah melakukan pencarian di media sosial atau menggunakan google search untuk mengetahui di mana boleh mereka mendapatkan bekalan daging arnab.
Akan tetapi, bagi seorang Muslim, adalah wajib untuk memastikan daging yang dibeli adalah halal dan selamat untuk dimakan. Jika menggunakan google search semata-mata, iklan atau cadangan yang dikeluarkan adalah secara rawak.
Dalam hasil carian itu, belum tentu daging arnab tersebut adalah halal dan mendapat pengesahan daripada Jabatan Agama Islam. Oleh itu, Deenamik akan merungkai satu syarikat pengeluar tempatan yang membekalkan daging arnab halal.
Anda tidak akan berasa kecewa ketika keluar mahu mencari daging arnab di kedai-kedai. Dengan segala kemudahan di hujung jari, anda kini boleh mendapatkan bekalan daging arnab menerusi Arnab Daulah.
Syarikat ini adalah syarikat yang dimiliki oleh rakyat bumiputera yang beragama Islam. Arnab Daulah juga merupakan antara syarikat pengeluar daging arnab terbesar di Malaysia.
Arnab Daulah menjual pelbagai produk berasaskan daging arnab dan juga produk berasaskan arnab. Tidak hanya itu, pembelian atau pemesanan boleh dilakukan secara dalam talian sahaja. Anda tidak perlu lagi pergi ke kedai dan bertanya berkenaan daging arnab.
Arnab Daulah menjual produk seperti :
- Daging arnab segar
- Burger daging arnab
- Bebola daging arnab
- Baja kompos arnab
- Fertilizer daripada urine arnab
- Bulu arnab
Anda boleh membuat tempahan secara dalam talian di sini. Tidak hanya kepada suri rumah yang mahu memasak, bagi peniaga kedai makan atau kedai pembekal daging juga boleh mendapatkan bekalan daging arnab bersama Arnab Daulah.
Segala maklumat tambahan berkenaan syarikat Arnab Daulah boleh anda perolehi di arnabdaulah.com. Anda juga boleh berhubung untuk mendapatkan bekalan daging arnab di talian 013-2090322.