Pelajar yang berminat mahu menyambung pengajian di Indonesia, boleh membuat permohonan menerusi Daulah Educonsult. Indonesia juga merupakan salah satu negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult. Selain daripada Indonesia, negara lain yang juga ditawarkan oleh Daulah Educonsult ialah Turki, Mesir, Poland, Rusia dan Bangladesh.

Universiti yang ditawarkan di Indonesia telah mendapat pengiktirafan, jadi para pelajar tidak perlu risau untuk menyambung pengajian melalui Daulah Educonsult.

  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Majlis Pergigian Malaysia (MDC)
  • Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  • Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
  • Majlis Veterinar Malaysia (MVC)

Daulah Educonsult telah membuka tawaran belajar di Indonesia untuk sesi September 2021. Pelajar yang mahu melanjutkan pengajian ke Indonesia boleh membuat tempahan awal di Daulah Educonsult.

Pelajar lepasan SPM, STPM, A-Level, O-Level dan yang setaraf dengannya boleh memohon untuk melanjutkan pengajian ke Indonesia. Berikut adalah syarat minimum yang telah ditetapkan oleh pihak universiti di Rusia.

No. Keputusan Syarat Minimum 
1. SPM B dalam semua subjek sains
2. Matriks (KPM) / Asasi IPT / STPM CGPA 3.00 dalam semua subjek sains
3. A Level B dalam semua subjek sains
4. SAM / AUSMAT / MONASH 80% Agregat dalam semua subjek sains
5. CPU / CIMP 80% dalam semua subjek sains
6. Asasi Sains (FIS) (minimum 1 tahun) B dalam semua subjek sains
7. SEK. MEN. ATAS (SMA) CGPA 8.00 dalam semua subjek sains
8. UEC Wajib mendapat B4
9. Diploma Sains Kesihatan (minimum 2 tahun) CGPA 3.50
10. Ujian kemasukan bertulis Wajib Lulus

 

Berikut ialah antara universiti – universiti yang ditawarkan di Indonesia :

  • Universitas Sumatera Utara
  • Universitas Hasanuddin
  • Institut Agama Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin Jambi
  • Institut Pertanian Bogor
  • Universitas Gadjah Mada
  • Universitas Padjadjaran
  • Universitas Airlangga
  • Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry
BACA JUGA :   Pilihan Universiti Bagi Bidang Perubatan Di Rusia

Di universiti – universiti berkenaan menawarkan pelbagai bidang pengajian. Berikut adalah sedikit sebanyak latar belakang universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult.

Universitas Sumatera Utara

  • Universitas Sumatera Utara merupakan sebuah pengajian tinggi awam yang terletak di bandar metropolis Medan.
  • Menawarkan pengajian di dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.
  • Universiti ini juga telah ditubuhkan pada 4 Jun 1952.
  • Merupakan salah satu universiti yang terbaik di Pulau Sumatera.
  • Universiti negeri tertua di luar Jawa.
  • Universiti ini juga adalah yang pertama di Pulau Sumatera yang mempunyai Fakulti Kedokteran (Perubatan).
  • Tempoh pengajian di Universitas Sumatera Utara adalah mengikut bidang pengajian.
    • Bidang perubatan dan pergigian, tempoh pengajian adalah selama 5 tahun. Manakala, untuk bidang pengajian farmasi, tempoh pengajian adalah selama 4 tahun.

Universitas Airlangga

  • Universiti Airlangga yang kedua tertua di Indonesia.
  • Meripakan sebuah universiti awam yang terletak di Surabaya, Jawa Timur.
  • Ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan jauh dari Universiti Indonesia, dengan asal sejak tahun 1913.
  • Secara rasmi telah ditubuhkan oleh Peraturan Pemerintah Indonesia pada tahun 1954.
  • Universiti Airlangga juga mempunyai hospital universiti untuk fakulti Perubatan, Perubatan Veterinar, Kejururawatan, dan Pergigian.

Universitas Hasanuddin

  • Universitas Hasanuddin dilancarkan secara rasmi pada tahun 1956, Makassar
  • Program pengajian yang ditawarkan ialah perubatan.
  • Tempoh pengajian di sana adalah selama 5 tahun.

Institut Agama Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin Jambi

  • Ditubuhkan pada 8 September 1967.
  • Insitusi ini berkembang pesat sebagai salah satu pusat pengajian agama dan pendidikan yang terkemuka di negeri Jambi.
  • Terdiri dari empat cabang fakulti iaitu Fakulti Syariah, Fakulti Usuluddin dan Fakulti Adab.
  • Menjadi salah satu pilihan bagi mahasiswa/i dari Malaysia dan beberapa negara di sekitar Asia Tenggara
BACA JUGA :   Agensi Konsultan Pendidikan Terbaik Luar Negara Iaitu Daulah Educonsult

Institut Pertanian Bogor

 

Institut ini ditubuhkan pada 1 September 1963 sebagai bentuk pemikiran berwawasan dari pemimpin negara pada mereka yang peduli dengan universiti pertanian dan ia adalah negara besar yang memiliki universiti bertaraf dunia dengan kompetensi dalam bidang pertanian, biosains, dan pelbagai bidang yang berkaitan. 

Ini bertujuan untuk mengukuhkan keselamatan makanan, bioenergi, penciptaan pekerjaan, pengurangan kemiskinan, dan memelihara alam sekitar.

Universitas Gadjah Mada

  • Universitas Gadjah Mada ditubuhkan pada 19 Disember 1949 sebagai Universiti yang bersifat nasional.
  • Universiti Gadjah Mada ialah antara universiti yang tertua di Indonesia.
  • Universitas Gadjah Mada memiliki 18 Fakulti, 1 Sekolah Vokasi, dan 1 Sekolah Pascasiswazah, dengan jumlah program mencapai 251 program

Universitas Padjadjaran

  • Universiti ini ditubuhkan pada 11 September 1957.
  • Bidang pengajian yang ditawarkan ialah pergigian, perubatan dan farmasi.
  • Mempunyai hospital sendiri untuk melakukan latihan praktikal.

Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry

  • UIN Ar-Raniry ialah universitas yang mempunyai beberapa fakulti iaitu Fakulti Syariah dan Hukum, Fakulti Usuluddin dan Filsafat, Fakulti Dakwah dan Komunikasi serta Fakulti  Adab dan Humoniara.
  • Universiti secara rasminya dibina pada 1963.

Sekiranya pelajar berminat untuk melanjutkan pengajian bersama dengan Daulah Educonsult. Pelajar boleh menghubungi talian di bawah. Sila layari laman web dan media sosial kami untuk maklumat lanjut.

Live Chat Safer : https://www.Safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/Saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/Safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/Safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here