Penternakan arnab dalam kalangan belia semakin mendapat sambutan. Banyak artikel-artikel yang telah dikeluarkan menceritakan tentang kejayaan yang telah dicipta oleh para penternak arnab di Malaysia.

Para penternak arnab selalunya dikatakan bermula sebagai hobi semata-mata. Namun begitu, disebabkan sifat arnab yang sememangnya mudah untuk membiak, hobi berkenaan perlahan-lahan menjadi sumber pendapatan.

Tidak hanya menjadi sumber pendapatan yang biasa, para penternak sudah boleh meluaskan penternakan dan mewujudkan satu peluang pekerjaan yang baharu. Perkara ini adalah bagus dari segi meningkatkan taraf hidup kehidupan penternak itu sendiri dan masyarakat setempat.

Sebelum memulakan penternakan arnab, adalah diwajibkan untuk mengetahui baka arnab apa yang boleh diternak dan dijual. Sehingga kini, jenis baka hanya terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis pedaging dan jenis hiasan.

Arnab jenis pedaging adalah untuk mendapatkan dagingnya secara komersil. Bagi arnab hiasan pula ianya sesuai untuk dijadikan sebagai binatang peliharaan. Oleh itu, mari lihat beberapa baka arnab terkenal yang mungkin boleh anda senaraikan untuk dijual.

  1. American Chincillla

Arnab jenis ini adalah sejenis arnab pedaging yang menjadi tumpuan para penternak. Dengan bulu yang sedikit gebu dan lebat, ianya juga mempunyai berat yang boleh mencapai sehingga 5.5 kilogram bagi betina dan 3.1 kilogram bagi jantan.

BACA JUGA :   Daging Arnab Segar Boleh Didapati Di Arnab Daulah.

2. New Zealand White

Arnab jenis ini adalah yang paling selalu dilihat. Badannya berwarna putih dan mempunyai telinga yang panjang. Baka ini sering menjadi pilihan penternak adalah kerana badannya mempunyai lebih banyak daging.

3. Flemish Giant

Arnab yang berasal daripada Belgium ini mempunyai bentuk badan yang besar. Tidak hanya besar, ianya juga memiliki berat yang boleh mencapai sehingga 5.9 kilogram dan lebih. Capai umur matang sekitar satu tahun. Arnab ini juga adalah jenis arnab pedaging.

4. Holland Hops

Baka ini adalah antara yang paling terkenal untuk dijadikan sebagai arnab perhiasan. Bulunya cantik dan memiliki corak yang tersendiri. Arnab ini mnejadi pilihan kerana telinganya yang jatuh kebawah dan kelihatan tersangat lembut.

5. Netherland Dwarfs

Arnab jenis ini adalah antara yang paling kecil di antara semua arnab. Saiznya hanya mencapai sehingga 5 sehingga 7 inci. Arnab ini adalah sangat mudah untuk dijaga dan boleh dibawa kemana-mana.

BACA JUGA :   Kelebihan Dalam Menceburi Bidang Penternakan Arnab

6. Mini Rex

Arnab jenis ini juga sering untuk dijadikan haiwan peliharan kepada keluarga. Sifatnya yang tenang dan bentuk yang comel membuatkan arnab jenis ini menjadi kegemaran manusia.

Sumber : Ladang Arnab Bukit Badong

Pelbagai lagi jenis arnab lain yang boleh dijadikan sebagai bahan untuk ternakan. Jika dijaga dengan baik dan memberikan pengawalan yang rapi, adalah tidak mustahil untuk peroleh keuntungan.

Arnab hiasan boleh diternak dan dijual sebagai binatang peliharaan. Arnab jenis pedaging pula boleh diternak dan dijual dagingnya atau bulunya.

ARNAB DAULAH

Jika anda teringin atau mahu memperoleh bekalan daging arnab. Anda boleh mencuba dapatkan bekalan daging arnab di Arnab Daulah. Arnab Daulah mengeluarkan beberapa produk berasaskan daging arnab dan produk yang berasaskan arnab.

Anda boleh layari laman web Arnab Daulah untk maklumat lanjut. Jika anda mahu membuat tempahan daging arnab atau produk daging arnab, anda boleh berhubung dengan nombor 013-2090322.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here