Ujian Saringan COVID-19 terhadap pekerja asing yang mencarum dengan PERKOSA telah dilaksanakan bermula pada 1 Disember 2020. PERKESO telah mengambil inisiatif untuk melakukan saringan COVID-19 kepada pekerja asing. Pekerja asing yang bekerja di Selangor, Kuala Lumpur, Labuan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sabah.

Menerusi maklumat yang diperoleh di portal PERKESO, ujian saringan tersebut akan dilakukan secara bersasar berdasarkan di kawasan zon merah yang mempunyai pekerja asing.

Tumpuan ujian saringan ini dilakukan adalah bagi kawasan yang berada di zon merah. Ia di lakukan dengan kerjasama klinik dan hospital swasta yang bermula pada 1 Disember 2020 lepas. Kaedah ujian yang di gunakan ialah RTK Antijen, kaedah ini diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

BACA JUGA :   ????????? ???? ???? ????

Kit ujian tersebut akan dibiayai oleh PERKESO dan kos ujian kali pertama akan ditangung oleh PERKESO. Majikan hanya perlu membayar kos perkhidmatan yang dikenakan oleh klinik atau hospital. Bagi pekerja asing yang bukan pencarum PERKESO, majikan perlu menanggung sepenuhnya kos saringan.

Sumber : Portal PERKESO

Hal ini berikutan dengan peningkatan kes yang berlaku yang melibatkan pekerja asing yang bekerja di tapak pembinaan dan kawasan kilang. Kluster tempat kerja tersebut menyumbang sejumlah besar kes COVID-19 yang dilaporkan kebelakangan ini.

Oleh itu, tindakan melaksanakan ujian saringan serta perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang juga bermula pada 1 Disember lepas sangat bagus. Ini kerana untuk megelakkan daripada virus COVID-19 dari terus menular bukan sahaja di kalangan pekerja asing malah kepada semua orang.

BACA JUGA :   MySejahtera Bantu Kesan COVID-19.

Disebabkan itu, segala arahan serta nasihat yang disarankan oleh pihak kerajaan dan juga KKM mestilah diambil serius. Pematuhan SOP dan kawalan pergerakan juga mestilah dipatuhi.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here