Anda memerlukan bantuan untuk ke hospital atau pemeriksaan kesihatan di klinik? Jangan bimbang sekiranya anda tiada kenderaan atau tiada peneman yang dapat membantu. Safer adalah jawapan kepada kegusaran anda.
Safer adalah satu aplikasi dalam talian yang menghimpunkan pelbagai jenis perkhidmatan untuk kemudahan anda. Anda tidak perlu bimbang kerana aplikasi Safer mempunyai pelbagai jenis perkhidmatan yang anda boleh pilih di hujung jari anda sahaja.
Antara perkhidmatan yang Safer tawarkan adalah Safer Concierge. Safer Concierge adalah sebuah perkhidmatan di mana pemandu dapat membantu anda untuk menyelesaikan beberapa tugasan selain daripada menjadi pemandu semata-mata.
Jika anda memerlukan bantuan sepanjang menggunakan perkhidmatan Safer Concierge, pemandu Safer akan membantu anda dengan sebaik mungkin.
Anda mempunyai masalah seperti tidak mampu untuk bergerak tanpa sokongan atau anda terlampau sibuk untuk menghantar orang tua anda membuat pemeriksaan? Anda harus memuat turun aplikasi Safer sekarang.
Hilangkan kebimbangan anda dengan menggunakan dan memesan perkhidmatan di aplikasi Safer. Aplikasi Safer juga menawarkan perkhidmatan lain seperti Safer Ride, Safer Food, Safer Delivery dan Safer Swift.
Safer Ride adalah perkhidmatan penghantaran penumpang ke suatu destinasi ke destinasi yang lain. Safer Ride memberikan beberapa pilihan yang boleh pengguna pilih mengikut citarasa pengguna. Antara pilihan yang ada ialah :
- SaferGo – Penggunaan kenderaan berkapasiti 1 ke 4 penumpang dalam satu masa. Kenderaan yang digunakan adalah Myvi, Axia dan lain-lain.
- SaferGo Xtra – Penggunaan kenderaan berkapasiti sehingga 6 penumpang dalam satu masa. Kenderaan yang digunakan seperti Alza, Exora, Grand Livina dan lain-lain.
- Safer Indulge – Menggunakan kenderaan berkapasiti sehingga 7 penumpang dalam satu masa. Kenderaan yang digunakan adalah Alphard, Vellfire dan lain-lain.
- Safer Gold – Penggunaan kenderaan berkapasiti 1 sehingga 4 penumpang. Akan tetapi menggunakan kenderaan mewah seperti Mercedez, BMW dan lain-lain.
- Safer Swift – Penggunaan motosikal yang boleh membawa seorang penumpang sahaja.
Safer Food pula adalah perkhidmatan pemesanan makanan dan penghantaran makanan kepada lokasi yang telah ditetapkan. Safer Food menawarkan pilihan daripada masakan panas dan sejuk, makanan tempatan dan makanan barat dan pelbagai jenis minuman.
Safer Delivery merupakan perkhidmatan penghantaran barangan yang melibatkan dua kategori penghantaran. Kategori pertama adalah Single Delivery iaitu penghantaran barang ke satu lokasi sahaja. Manakali Kategori kedua adalah Multiple Delivery iaitu penghantaran barang ke pelbagai lokasi.
Dimana mahu memuat turun aplikasi Safer? Anda boleh klik pautan di bawah dan mula mendaftar. Anda juga akan memperoleh RM10 kredit percuma jika anda mendaftar sebagai pengguna baharu sebelum 31 Disember 2020 ini.
Pautan bagi pengguna Android : https://bit.ly/saferandroid
Pautan bagi pengguna iOS : https://bit.ly/saferiphone
Jangan lepaskan peluang anda untuk tebus tawaran ini. Anda juga boleh klik pautan di bawah untuk mendaftar sebagai pengguna baharu Safer.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan perkhidmatan Safer. Anda boleh klik pautan di bawah :
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup