Program Madrasah Daulah merupakan peluang untuk pelajar yang tidak mempunyai sijil SPM dan STAM melanjutkan pengajian di Mesir. Madrasah Daulah merupakan sebuah madrasah yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth.

Peluang pengajian di Maahad Buuth ini dibuka kepada pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar yang mempunyai semangat yang tinggi untuk menimba ilmu dan ingin cemerlang dalam pelajaran.

Maahad Buuth adalah merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Bagi pelajar yang berminat bagi mendalami ilmu pengajian islam dan memasuki Universiti Al – Azhar digalakkan mendaftar.

Jika pelajar berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Maahad Buuth. Mereka secara tidak langsung akan terus diserap ke Universiti Al – Azhar. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun.

BACA JUGA :   Madrasah Daulah Tawar Kemasukan Sesi Oktober & November 2020

Bukan itu sahaja, pelajar berpeluang menyambung pengajian sehingga peringkat Ijazah Sarjana. Terutama sekali bagi pelajar yang tidak mendapat sebarang tempat di mana – mana institusi pengajian.

Sebelum itu, pelajar perlu menduduki terlebih dahulu ujian kelayakkan sebelum pelajar dapat memasuki ke Maahad Buuth. Ujian tersebut ialah Ujian Imtihan Qabul, ia akan menentukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth. Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas.

Kelas yang dimaksudkan ialah :

  • Markaz Nile : kelas Bahasa Arab
  • Sanad Tahsinul Quran : kelas khatam 30 juzuk Al – Quran

Tempoh pengajian di situ tidak lebih daripada satu tahun. Tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan untuk memasuki ke Maahad Buuth? Para pelajar tidak perlu risau, kerana pelajar akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu.  Bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

BACA JUGA :   Tawaran Melanjutkan Pengajian Dalam Bidang Sains Kesihatan Dan Pengajian Islam Di Indonesia Bagi Sesi September 2022

Antara subjek yang akan diajar di Dirosoh Khossor :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Jangan lepaskan peluang ini jika pelajar berminat untuk mendalami ilmu pengajian islam. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut, sila layari laman web dan media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here