Bagi mengurangkan rakyat terbeban dengan situasi ekonomi yang tidak menentu ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk memberikan rebat terhadap penggunaan tenaga elektrik.

Sebelum ini, pengguna domestik dan pengguna bukan domestik menikmati kadar tarif elektrik tanpa sebarang surcaj. Perkara ini berlanjutan daripada bulan Julai sehingga Disember 2020.

Justeru itu, melihatkan ekonomi yang masih tidak menentu, kerajaan meluluskan pemberian rebat kepada semua pengguna elektrik. Dengan adanya pemberian rebat ini, kerajaan berharap dapat membantu seluruh rakyat Malaysia yang terkesan dengan situasi pandemik COVID-19 ini. Kos sara hidup dan kos perniagaan juga diharapkan dapat ditangani dengan sebaiknya.

Kerajaan bersetuju untuk mengekalkan purata tarif asas elektrik pada kadar 39.45 sen/kWj sehingga tahun 2021. Selain itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga memberikan rebat sebanyak 2 sen/kWj kepada semua pemilik akaun TNB daripada 1 Januari hingga 30 Jun 2021.

BACA JUGA :   BONGKAR... TMJ Dedahkan Ada Beberapa Pemain Harimau Malaya Tunjuk ‘Besar Kepala’

Rebat yang pertama kali diberikan sejak Julai 2018 ini akan dinikmati oleh semua pengguna elektrik domestik dan bukan domestik kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Kuputusan ini adalah hasil daripada tindakan kerajaan untuk melanjutkan tempoh Regulatori Kedua TNB di bawah IBR sehingga hujung tahun 2021.

Seramai 7.5 juta pengguna domestik akan mengalami penurunan bil elektrik di antara 3.6 peratus hingga 9.2 peratus akibat daripada rebat sebanyak 2 sen/kWj tersebut.

Bagi pengguna komersial pula, penurunan akan berlaku sebanyak 4.0 ke 5.2 peratus. Pengguna industri akan mendapati penurunan sebanyak 4.6 peratus hingga 6.1 peratus.

Sumber : Berita Harian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here