Pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian bidang pengajian Islam boleh mendaftar menerusi Program Madrasah Daulah.

Menerusi program ini pelajar akan dibimbing semasa menuntut ilmju di Maahad Buuth.

Sekiranya pelajar ingin sambung pengajian ke Maahad Buuth, Mesir. Pelajar digalakkan mendaftar untuk sesi Disember 2020.

Bagi yang masih kurang jelas, Madrasah Daulah merupakan sebuah madrasah yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth. Maahad Buuth merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa. Pengajian di Maahad Buuth adalah sama dengan dengan STAM yang terdapat di Malaysia.

Pelajar yang tidak memiliki sijil SPM dan STAM juga boleh melanjutkan pengajian ke Mesir.  Ini merupakan sebuah peluang bagi pelajar berkenaan untuk menyambung pengajian. Malah, pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Maahad Buuth akan terus diserap ke Universiti Al – Azhar. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun.

BACA JUGA :   Yuran Pengajian Bagi Bidang Perubatan di KSMU, Rusia Adalah Antara Yang Terendah di Universiti Luar Negara!

Peluang pengajian dibuka kepada pelajar lelaki dan perempuan dan pelajar dari seawal usia 12 tahun sehingga 31 tahun boleh mendaftar. Sekiranya pelajar berminat, pelajar boleh memohon untuk menyambung pengajian di  Maahad Buuth menerusi Madrasah Daulah.

Untuk pengetahuan pelajar, bagi menempatkan diri di Maahad Buuth, pelajar perlu menduduki ujian kelayakan terlebih dahulu. Ujian kelayakan yang dimaksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul. Ianya akan menentukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth.

Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas. Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab, manakala Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran. Tempoh pengajian di situ tidak lebih daripada satu tahun.

BACA JUGA :   TIPS KESELAMATAN KETIKA MEMANDU KENDERAAN KETIKA MUSIM HUJAN

Sekiranya pelajar tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan untuk memasuki ke Maahad Buuth. Pelajar tersebut akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu. Manakala, bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

Antara subjek yang akan diajar di Dirosoh Khossor :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Madrasah Daulah masih menerima kemasukan pelajar, jika pelajar berminat segera mendaftar untuk mendapatkan tempat. Segala pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here