Servis mQuit merupakan satu usaha kerajaan untuk membantu perokok berkenti merokok secara atas talian. Perkhidmatan Rawatan Berhenti Merokok (mQuit servis) telah dilancarkan pada tahun 2015.

Sejak dilancarkan pada 2015, servis ini telah memasuki fasa ketiga sehingga tahun 2025. Menurut kenyataan media sosial Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia, sejak dilancarkan bilangan perokok yang mendaftar untuk berhenti merokok terus meningkat setiap tahun.

Jumlah perokok yang telah mendaftar untuk berhenti merokok meningkat daripada 10, 240 pada tahun 2017. Ia meningkat kepada 20,032 pada tahun 2018 dan seterusnya kepada 22,601 orang pada tahun 2019.

Oleh itu, sekiranya para perokok yang berniat untuk berhenti daripada merokok boleh mendaftar dan dapatkan bantuan menerusi mQuit.

Situasi pandemik COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia sekarang sudah semakin teruk dengan kadar kematian yang meningkat. Risiko bagi mereka yang menghidap penyakit kronik dan juga perokok untuk dijangkiti COVID-19 sangat tinggi.

BACA JUGA :   Bantuan Sebanyak RM100 Kepada Pelajar IPT.

Anda semua perlu tahu bahawa jika anda seorang perokok dijangkiti COVID-19, risiko komplikasi dan kematian adalah tinggi. Hal ini kerana, kajian telah membuktikan paru – paru perokok mempunyai tapak penerima (reseptor) virus COVID-19 yang lebih banyak.

 

Berikut antara perkara servis mQuit bantu anda dalam usaha untuk berhenti daripada tabiat meroko:

  • Membantu perokok menyusun pelan berhenti merokok peribadi.
  • Membekalkan perokok dengan bahan yang betul dan nasihat yang bertepatan dalam usaha berhenti merokok.
  • Pelan berhenti merokok yang komprehensif dan disertakan dengan janji temu susulan bersama pakar kesihatan yang berdedikasi.
  • Membekalkan rawatan gantian nikotin demi membantu mengatasi simptom berhenti ubat.

Selain daripda servis mQuit, terdapat juga talian kaunseling dan laman web sesawang mQuit. Hal ini demi mempromosi dan membantu pendaftaran perokok yang ingin berhenti dan menyertai program berhenti merokok.

BACA JUGA :   PERMAI Bantu Golongan Sasar.

Ia juga membolehkan anda untuk mengakses pusat mQuit berdekatan anda dengan mudahnya, laman sesawang servis mQuit juga mempunyai bahan bacaan ilmiah berkaitan jenis-jenis alat bantuan berhenti merokok.

Malah, anda kini juga boleh mendapatkan bantuan berhenti merokok  menerusi aplikasi MySejahtera.

Sumber : Jomquit, hello DOKTOR, KKM

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here