Bangladesh merupakan salah satu negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult buat pelajar yang mahu menyambung pengajian. Tawaran belajar di Bangladesh telah pun dibuka. Universiti di Bangladesh membuka kemasukan bagi sesi Januari 2021.

Selain daripada Bangladesh, negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult ialah Indonesia, Turki, Poland, Mesir dan Rusia. Jika pelajar berminat untuk menyambung pengajian di mana – mana negara tersebut layari laman web Daulah Educonsult untuk maklumat lanjut.

Terdapat pelbagai bidang pengajian di Bangladesh, tetapi kebanyakkan adalah bidang perubatan. Antara universiti yang ditawarkan ialah Dhaka Medical College, Mymensingh Medical College, Chittagong Medical College dan Bangladesh Argricultural Universiti.

Ini kerana, Bangladesh antara negara yang terkenal melahirkan pakar di dalam bidang perubatan. Antara bidang yang ditawarkan di Bangladesh ialah perubatan, veterinar, farmasi dan banyak lagi.

Dhaka Medical College

Dhaka Medical College menawarkan pengajian bidang perubatan. Ianya dibina pada tahun 1946. Untuk pengetahuan pelajar, Dhaka Medical College merupakan kolej yang tertua di Bangladesh. Di kolej ini juga menyediakan sebuah hospital untuk para pelajar membuat latihan praktikal.

Hospital Dhaka telah dibina pada tahun 1982. Malah, terdapat tujuh bangunan hospital bertingkat lama dibina pada tahun 1982 dan enam banguan bertingkat baru pada tahun 2009 dengan jumlah 650 katil. Hospital ini turut mempunyai teater operasi yang lengkap, makmal untuk penyiasatan, jabatan pesakit luar, doktor dan jururawat perumahan.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Buka Peluang Sambung Pengajian ke Luar Negara

Mymensingh Medical College

Mymensingh Medical College juga menawarkan pengajian di dalam bidang perubatan. Mymensingh Medical College ini merupakan kolej perubatan milik kerajaan Bangladesh.  Kolej ini telah dibina pada tahun 1924.

Mymensingh Medical College dinamakan pada tahun 1962, yang dimulakan dengan 32 pelajar sebagai kumpulan pertama. Seperi Dhaka Medical College, Mymensingh Medical College turut menyediakan sebuah hospital untuk pelajar membuat latihan praktikal.

Bangladesh Agricultural University

Bangladesh Agricultural University menwarkan pengajian di dalam bidang veterinar. Bangladesh Agricultural University ini merupakan sebuah universiti pertanian. Universiti ini telah ditubuhkan pada tahun 18 Ogos 1961 dengan 30 guru, 444 pelajar dan mempunyai 23 jurusan pengajaran yang dikelompokkan di bawah dua fakulti. Dua fakulti tersebut ialah Fakulti Sains Veterinar dan Fakulti Pertanian.

Chittagong Medical College

Chittagong Medical College juga menawarkan pengajian di dalam bidang perubatan. Chittagong Medical College juga merupakan kolej kedua yang tertua di Bangladesh. Koleh ini telah ditubuhkan pada tahun 1956. Kolej ini bermula dengan hanya tiga jabatan akademik iaitu anatomi, fisiologi dan patologi dan kumpulan pertama seramai 76 pelajar dan 26 guru. Selepas itu, Jabatan Paraclinical Pharmacology, Perubatan Forensik dan Perubatan komuniti telah ditubuhkan.

BACA JUGA :   SUDAHKAH ANDA TAHU RUSIA MERUPAKAN PILIHAN TERBAIK UNTUK MENYAMBUNG PENGAJIAN DALAM BIDANG PERUBATAN?

Kolej ini juga antara universiti yang menyediakan sebuah hospital untuk pelajar membuat latihan praktikal. Bukan itu sahaja, malah hospital tersebut terima pesakit luar selain dari pelajar.

Bagi pelajar lepasan SPM, STPM, A-Level, O-Level dan yang setaraf dengannya boleh memohon untuk melanjutkan pengajian ke Bangladesh. Universiti yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult telah mendapat pengiktirafan.

  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Majlis Pergigian Malaysia (MDC)
  • Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  • Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
  • Majlis Veterinar Malaysia (MVC)

Sekiranya pelajar berminat untuk menyambung pengajian di Bangladesh, pelajar boleh membuat pendaftaran awal di Daulah Educonsult. Seperti yang diberitahu, tawaran kemasukan ke universiti di Bangladesh dibuka untuk sesi Januari 2021. Jadi jangan tunggu lagi, daftar segera untuk mendapatkan tempat.

Daulah Educonsult merupakan sebuah syarikat yang memberi khidmat nasihat kepada pelajar yang mahu menyambung pengajian ke luar negara. Sekiranya pelajar berminat untuk menyambung pengajian dan inginkan maklumat lanjut, sila layari laman web dan media sosial kami. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah.

Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here