Adakah anda tahu Indonesia juga memberikan peluang kepada pelajar Malaysia untuk belajar di universiti mereka. Jika anda mempunyai keinginan untuk belajar di Indonesia, anda boleh mendapatkan perkhidmatan konsultasi dengan Daulah Educonsult.

Universiti di Indonesia menawarkan kemasukan ke bidang pengajian sains kesihatan dan bidang pengajian Islam. Bidang-bidang yang ditawarkan adalah untuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.

Kemasukan yang terbaru adalah untuk sesi September 2021. Akan tetapi, bagi pelajar yang mahu melanjutkan pengajian, pendaftaran bersama Daulah Educonsult sudah boleh dimulakan. Berikut adalah pembahagian bidang pengajian dan antara senarai universiti yang ditawarkan di Indonesia.

Pengajian Sains Kesihatan

USU Fakulti Pergigian

Universitas Sumatera Utara (USU)

Universiti ini merupakan antara universiti terkenal bagi pelajar yang mahu menyambung pengajian di dalam bidang perubatan di Indonesia. Tidak hanya bidang perubatan, USU juga menawarkan pengajian kepada pelajar yang menyambung pengajian ke dalam bidang pergigian dan farmasi.

BACA JUGA :   Madrasah Daulah Tawar Belajar Ke Mesir Tanpa Sijil

Universitas Airlangga, Surabaya

Tidak hanya menawarka bidang perubatan, universiti ini juga mempunyai fakulti yang menempatkan pelajar untuk mengambil Ijazah di dalam bidang veterinar. Selain daripada itu, universiti ini juga memuatkan pelajar yang mahu menyambung pelajaran dalam bidang farmasi dan pergigian.

Universitas Padjadjaran

Universitas Padjadjaran

Seperti universiti-universiti yang di atas, universiti ini menawarkan lanjutan pelajaran dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi. Universiti terletak di Bandung dan juga di Sumedang.

Pengajian Islam

UIN SUSKA

Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN SUSKA) Riau

Universiti ini terletak di Riau dan memiliki fakulti-fakulti yang berkaitan dengan pengajian Islam. Jika anda mahu melanjutkan pengajian di dalam bidang pengajian Islam selain di Mesir, anda boleh pilih untuk ke Indonesia.

BACA JUGA :   Salah Faham Masyarakat Terhadap Pelajar Lepasan Luar Negara

Universiti Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry 

Universiti ini sememangnya dikhaskan untuk mendapatkan pengajian dalam bidang pengajian Islam. Pelajar boleh memilih daripada beberapa fakulti yang ada seperti Fakulti Syariah dan Hukum, Fakulti Usuluddin dan Filsafat, Fakulti Dakwah dan Komunikasi dan lain-lain.

Jika anda mahu melanjutkan pengajian ke Indonesia bagi sesi 2021, anda boleh melakukan tinjauan ke laman web Daulah Educonsult. Selain daripada Indonesia, Daulah Educonsult juga menawarkan pengajian ke negara lain seperti Rusia, Poland, Bangladesh, Mesir dan banyak lagi.

Anda juga boleh hubungi konsultan daulah di :

Konsultan 1 : 018-9624322
Konsultan 2 : 018-2429322
Konsultan utama : 013-2090322
No. Pejabat :  03-92851322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here