Hari ini bersamaan dengan 13 Januari 2021, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikuatkuasakan berikutan dengan peningkatan kes COVID-19. Perlaksanaan PKP ini melibatkan 6 negeri yang mencatatkan peningkatan kes yang mendadak.
Menerusi arahan daripada pihak kerajaan, 6 negeri yang terlibat dengan PKP adalah Pulau Pinag, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah. PKP bermula pada hari ini 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021.
Dengan perlaksanaan PKP ini, pergerakan rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan di 6 negeri ini. Selain itu, pihak kerajaan turut melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat kepada Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan. PKPB turut dikuatkuasakan pada hari ini 13 Januari sehingga 26 Januari 2021.
PDRM jangka lebih 300 sekatan jalan raya akan dilaksanakan di seluruh negara mulai tengah malam ini.
Seramai 48,000 pegawai, anggota polis akan bertugas dalam tempoh #PKP.
— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) January 12, 2021
Menerusi kenyataan media sosial Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) jangka lebih 300 sekatan jalan raya akan dilaksanakan di seluruh negara. Perlaksanaan sekatan jalan raya ini bermula pada tengah malam tadi.
Bagi mereka yang terkandas di kampung halaman atau bercuti sebelum PKP dibenarkan untuk pulang ke tempat asal dalam minggu ini.
Daripada kenyataan akhbar KPK, KKM telah melaporkan kes harian semalam 12 Januari adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 3309 kes COVID-19. Ini telah menjadikan kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 30 390 kes.
Daripada jumlah itu, negeri Selangor telah mencatatkan jumlah kes harian yang tertinggi iaitu sebanyak 1007 kes. Daripada jumlah ini, sebanyak 825 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19
Disebabkan itu, jika anda tidak mempunyai sebarang urusan yang penting, jangan keluar rumah dan sentiasa jaga jarak fizikal andtara satu sama lain. Bukan itu sahaja, anda mestilah mengamalkan SOP dan pastikan setiap arahan dan nasihat kerajaan diikuti.
Bagi menggelakan daripada virus ini dari terus merebak dan menular, kita semua mestilah mematuhi SOP dan nasihat pihak kerajaan serta KKM. KKM turut menyarankan untuk semua mestilah mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S/3C.
Elakkan 3S/3C.
- Elakkan berada di tempat sesak (crowded places)
- Elakkan juga berada di tempat sempit (confined places)
- Elakkan untuk bersembang pada jarak dekat (close conversation)
Amalkan 3W.
- Kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash),
- Memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan
- Beri amaran (warn) seperti ;
- Amalkan etika batuk dan bersin,
- Elak kunjung mengunjungi,
- Dapatkan rawatan jika bergejala dan
- Sanitasi tempat yang kerap disentuh.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia