Safer sedang mencari rakan penghantar, jika anda berminat untuk menjadi sebahagian Safer Delivery Partner & Driver segera lakukan pendaftaran. Anda tak perlu risau pendaftaran adalah percuma sahaja.

Sekiranya anda telah mendaftar, akaun anda akan diaktifkan dalam masa 24 jam. Selain itu, jika anda sudah mendaftar sebagai rakan penghantar anda akan berpeluang untuk menikmati 0% caj komisen.

Anda juga berpeluang untuk menjana pendapatan pasif dan aktif dengan serentak. Hendak menjana dua pendapatan ini mudah sahaja. Bagi pendapatan aktif anda perlu lakukan kerja penghantaran dan pendapatan pasif anda perlu kongsikan kod.

Mari Deenamik jelaskan dengan lebih lanjut.

Pendapatan aktif anda akan diperoleh melalui kerja penghantaran yang dilakukan. Sekiranya anda melakukan banyak kerja penghantaran pendapatan aktif anda akan bertambah.

Berbeza pula dengan pendapatan pasif. Anda akan peroleh pendapatan pasif dengan perkongsian referral code kepada kenalan. Jika ramai orang mendaftar menggunakan referral code anda dan menggunakan perkhidmatan di Safer. Anda akan mendapat lebih banyak pendapatan pasif.

BACA JUGA :   Daftar Sebagai Safer Delivery Partner & Driver Sekarang !

Pendapatan pasif yang akan diperoleh ialah sebanyak 1%, jika kenalan anda mendaftar menggunakan kod anda dan melakukan kerja penghantaran.

Sebelum itu, anda perlu memenuhi syarat kelayakkan dan melengkapkan butiran yang ditetapkan oleh pihak Safer.

Syarat kelayakkan rakan penghantar :

  • Memiliki kenderaan seperti motor, kereta, van, pickup truck dan lain-lain
  • Tiada had tahun buatan kenderaan
  • Memiliki lesen memandu yang sah (Lesen L juga diterima bagi motosikal sahaja)
  • Mempunyai telefon pintar yang berfungsi dengan akses internet (iOS atau Android)
    (Lesen psv dan ehailing insurance tidak perlu jika mendaftar sebagai rakan penghantar SAFER  .)

Butiran kenderaan yang perlu ada :

  • Roadtax
  • Geran
  • Insurans
  • Akaun Bank

Lesen SPV boleh didapati di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), manakala lesen EPV akan diuruskan oleh Safer.

BACA JUGA :   Pendaftaran Percuma Driver & Rider Safer . Daftar Segera!

Safer menyediakan perkhidmatan seperti Safer Ride, Safer Delivery, Safer Swift dan Safer Concierge.

  • Safer Ride ialah perkhidmatan menghantar penumpang ke kawasan yang dipilih mereka.
  • Safer Delivery ialah perkhidmatan menghantar barang ke lokasi yang dikehendaki.
  • Safer Food ialah perkhidmatan menghantar makanan.
  • Safer Swift ialah perkhidmatan menghantar penumpang menggunakan motor.
  • Safer Concierge ialah perkhidmatan membantu dan meneman pengguna sehingga tempoh yang ditempah tamat.

Jika anda berminat untuk mendaftar sebagai rakan pemandu dan rakan penghantar Safer, muat turun aplikasi Safer Driver. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web dan media sosial.

Apple App Store: https://apple.co/2ZvyNeX
Google Play Store: https://bit.ly/2yp8ADH

Live Chat Safer: https://www.Safer.my/
Facebook: https://www.facebook.com/Saferasia/
Instagram: https://www.instagram.com/Safer.my/
Twitter: https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube: https://bit.ly/Safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here