Daulah Educonsult membuka peluang bagi para pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian bidang perubatan di Indonesia. Kemasukan ke univerisiti yang ditawarkan adalah untuk sesi 2021.

Kepada pelajar berminat mahu melanjutkan pengajian bidang perubatan di Indonesia. Pelajar digalakkan mendaftar menerusi Daulah Educonsult. Klik borang permohonan ini untuk melakukan pendaftaran. Pelajar boleh membuat tempahan awal di Daulah Educonsult untuk menempah tempat di universiti yang pelajar inginkan.

Indonesia adalah salah satu negara yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult. Selain daripada Indonesia, negara lain yang juga ditawarkan oleh Daulah Educonsult ialah Turki, Mesir, Poland, Rusia dan Bangladesh.

Seperti yang dijelaskan, Daulah Educonsult menawarkan pengajian perubatan di Indonesia. Universiti yang menawarkan pengajian di bidang perubatan di Indonesia ialah Universitas Sumatera Utara dan Universitas Airlangga.

Universitas Sumatera Utara

  • Universitas Sumatera Utara merupakan sebuah pengajian tinggi awam yang terletak di bandar metropolis Medan.
  • Bidang yang ditawarkan adalah bidang perubatan, pergigian dan farmasi.
  • Ditubuhkan pada 4 Jun 1952.
  • Salah satu universiti yang terbaik di Pulau Sumatera.
  • Merupakan universiti negeri tertua di luar Jawa.
  • Merupakan yang pertama di Pulau Sumatera yang mempunyai Fakulti Kedokteran (Perubatan).

Tempoh pengajian di Universitas Sumatera Utara adalah mengikut bidang pengajian. Bagi bidang perubatan dan pergigian, tempoh pengajian adalah selama 5 tahun. Manakala, untuk bidang pengajian farmasi, tempoh pengajian adalah selama 4 tahun. Universiti yang paling ramai pelajar Malaysia menyambung pengajian ialah Universitas Sumatera Utara.

BACA JUGA :   Sambung Pengajian Bidang Kejuruteraan Di Universiti Luar Negara Bersama Daulah Educonsult

Universiti yang ditawarkan di Indonesia telah mendapat pengiktirafan. Jadi para pelajar tidak perlu risau untuk menyambung pengajian melalui Daulah Educonsult.

Universitas Airlangga

  • Universiti kedua tertua di Indonesia.
  • Universiti awam yang terletak di Surabaya, Jawa Timur.
  • Ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan jauh dari Universiti Indonesia, dengan asal sejak tahun 1913.
  • Secara rasmi telah ditubuhkan oleh Peraturan Pemerintah Indonesia pada tahun 1954.

Pada mulanya ia merupakan sebuah sekolah perubatan dan sekolah pergigian. Kini, Universiti Airlangga menjadi tuan rumah 15 buah fakulti dengan lebih daripada 35,000 pelajar (selama tahun akademik 2015-2016) dan 1,570 ahli fakulti. Universiti Airlangga juga mempunyai hospital universiti untuk fakulti Perubatan, Perubatan Veterinar, Kejururawatan, dan Pergigian.

  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Majlis Pergigian Malaysia (MDC)
  • Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  • Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
  • Majlis Veterinar Malaysia (MVC)

Syarat kelayakan untuk memasuki universiti tersebut ialah seperti di bawah ;

  1. Mempunyai STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma.
  2. Minimum CGPA 3.00 (Sekiranya cgpa bawah 3.00, sila hubungi Daulah).
  3. Wajib mengambil subjek BIOLOGI, KIMIA & FIZIK dalam SPM.
BACA JUGA :   Ketahui Lokasi Menarik di Surabaya, Indonesia

Jika berminat pelajar perlu mengetahui syarat minimum yang telah ditetapkan oleh pihak universiti di Indonesia. Syarat minimum adalah seperti berikut ;

No. Keputusan Syarat Minimum 
1. SPM B dalam semua subjek sains
2. Matriks (KPM) / Asasi IPT / STPM CGPA 3.00 dalam semua subjek sains
3. A Level B dalam semua subjek sains
4. SAM / AUSMAT / MONASH 80% Agregat dalam semua subjek sains
5. CPU / CIMP 80% dalam semua subjek sains
6. Asasi Sains (FIS) (minimum 1 tahun) B dalam semua subjek sains
7. SEK. MEN. ATAS (SMA) CGPA 8.00 dalam semua subjek sains
8. UEC Wajib mendapat B4
9. Diploma Sains Kesihatan (minimum 2 tahun) CGPA 3.50
10. Ujian kemasukan bertulis Wajib Lulus

 

Sekiranya pelajar berminat untuk melanjutkan pengajian bersama dengan Daulah Educonsult. Pelajar boleh menghubungi talian di bawah. Sila layari laman web dan media sosial kami untuk maklumat lanjut.

Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here