Seminar & Pameran Perdagangan Minyak Sawit Digital 2021 (POTS 2021) sedang berlangsung secara maya pada 5 Januari 2021 sehingga 8 Januari 2021. Pelbagai maklumat terkini berkaitan industri sawit telah dibincangkan di POTS 2021.
Mengikut laporan, industri sawit Malaysia masih berada di tahap yang memberangsangkan. Perkara ini diputuskan setelah melihat kadar pertambahan nilai eksport pada tahun 2020 berbanding tahun 2021.
Meskipun berdepan cabaran seperti anti-minyak sawit dan kekangan ekonomi akibat pandemik COVID-19, industri sawit tetap menunjukkan peningkatan yang baik. Nilai eksport diunjurkan mencapai nilai RM70 bilion pada tahun 2020 berbanding RM67.5 pada tahun 2019.
Masalah seperti kekurangan tenaga buruh juga dan La Nina turut tidak menjejaskan hasil keluaran sawit.
Di POTS 2021 juga, Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Bidco Africa, Vimal Shah telah memuji kualiti minyak sawit Malaysia. Beliau juga menerangkan bahawa Afrika telah mengimport kira-kira tujuh tan metrik minyak sawit dan 37% daripadanya adalah dari Malaysia. Dengan itu, syarikat minyak sawit Malaysia telah dijemput untuk memasuki ruang pasaran Afrika dan memanfaatkan keluasan tanah yang ada di benua tersebut.
Tambahan daripada itu, isu berkaitan tenaga buruh juga bakal tidak menjadi masalah. Vimal Shah juga menyatakan bahawa tanah kosong yang ada di benua itu dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua negara. Tidak hanya kepada dua negara terlibat, ianya juga boleh memberikan bekalan kepada seluruh negara di dunia.
Beliau juga menyampaikan bahawa Afrika telah melancarkan Kawasan Perdagangan Bebas Kontinental Afrika (AfCFTA) pada 1 Januari lepas. Perkara ini adalah satu langkah untuk meningkatkan perdagangan antara negaranya.
Sumber : Berita Harian, BERNAMA