Baru-baru ini telah tular di media sosial berkaitan pemilik Noor Khan Enterprise iaitu ibu kepada selebriti Neelofa, Puan Noor Kartini Mohamed. Kejadian ini berlaku apabila beliau (Noor Kartini) memuat naik video beliau yang sedang memasak dan terlepas cakap beliau telah memohon paten bagi jenama “Harimau Menangis”.

Sumber : Kosmo

Perkara ini telah kerana netizen telah menyangka bahawa beliau telah mempatenkan jenama “Harimau Menangis”. Ramai warganet dan peniaga yang turun padang untuk menyangkal dan membuat petisyen supaya pemohonan paten tersebut dibatalkan.

Disebabkan perkara ini, Noor Kartini telah tampil memberikan penjelasan bahawa bukan jenama “Harimau Menangis” yang telah dipatenkan. Permohonan paten itu adalah permohonan untuk lindungi susun atur grafik, penggayaan, kod warna dan tulisan perkataan “Harimau Menangis” yang terdapat pada bungkusan produk daging “Harimau Menangis” beliau.

BACA JUGA :   Langkah Mudah Berniaga Secara Online Bersama Safer Food Merchant.

Setelah memberikan penjelasan lanjut, barulah isu paten “Harimau Menangis” ini reda. Penjelasan yang diberikan itu sedikit sebanyak memberikan sedikit penerangan berkaitan kepentingan mendaftarkan cap dagangan bagi sesebuah produk.

Sumber : SME

Cap dagangan adalah apa-apa tanda yang boleh menyatakan secara grafik di mana ia boleh membezakan sesuatu barangan atau perkhidmatan satu perusahaan dengan perusahaan yang lain.

Kepentingan cap dagangan adalah penting supaya tidak berlakunya produk tiruan yang boleh dijual sewenang-wenangnya. Tidak hanya itu, jika cap dagangan tidak didaftarkan, peniaga barang tiruan di luar sana tidak akan boleh dikenakan tindakan terhadap perbuatan meniru barang atau design orang lain.

Menurut portal MyIPO, terdapat dua kepentingan cap dagangan. Yang pertama adalah untuk memberikan hak ekslusif kepada pendaftar untuk gunakan cap dagangan tersebut di dalam satu urusan atau perdagangan.

BACA JUGA :   SAFER Food Bantu Anda Luaskan Pasaran Bisnes

Kepentingan lainnya adalah meyakinkan pihak-pihak yang berkaitan bahawa cap dagangan tersebut adalah sah di sisi undang-undang. Sijil pendaftaran akan dikeluarkan oleh pejabat pendaftar untuk dijadikan bukti sah.

Cap dagangan yang telah didaftarkan sebagai harta intelek sesebuah organisasi akan menyebabkan pihak lain tidak dapat meniru atau menggunakan cap tersebut dengan

sesuka hati. Dengan erti kata lain, jika pendaftaran dan sijil telah diperoleh, pihak pendaftar boleh menyaman pihak yang telah menggunakan cap pihak pendaftar.

Jika anda mempunyai produk atau barang perkhidmatan yang mahu didaftarkan, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di portal MyIPO di http://www.myipo.gov.my/ms/start/.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here